UKJK JBSN SELANGOR BERSAMA JABATAN PENDAFTARAN NEGARA BAGI PENILAIAN TAHAP POTENSI URUSAN PEMANGKUAN GRED KP42 ??
Telah berlangsung satu sesi Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bagi peserta Kursus Pemilihan Pegawai KP42 Jabatan Pendaftaran Negara pada ?️ 23 November 2024 (Sabtu) bertempat ?di Semenyih Eco Venture, Selangor.
Encik Sazali bin Abdul Samad selaku Ketua Penguji UKJK menerima peserta seramai 37 orang bagi menjalani sesi UKJK tersebut.
"Buat apa nak mengundi?" ? "Demokrasi tu apa?" ? "Kenapa anak muda kena ambil tahu?" ?
Kami ada semua jawapan di atas ?
Kalau korang nak tahu juga, korang kena sertai progam Rakan Demokrasi Kuasa Orang Muda (RD:KOM) sebab kat sini kami akan kongsikan banyak benda berkaitan demokrasi melibatkan peranan, proses dan kuasa anda sebagai belia! ?
Peluncuran program ini akan berlangsung seperti berikut:
?️ 24 November 2024 (Ahad) ⏰ 8.30 pagi ? Pawagam MMU, Universiti Multimedia, Cyberjaya
Pelbagai input akan anda peroleh dalam program ini dan sebanyak 100 siri bakal menggegarkan kuasa anak muda berumur 13-30 tahun di seluruh negara! ??
Kalau korang berminat nak hadir ke majlis peluncuran program ini, jom daftar dengan imbas kod QR di poster 3/3 ?
?️ 22 November 2024 (Jumaat) ? Universiti Selangor, Kampus Bestari Jaya
Yang Berbahagia Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara diiringi Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Selangor telah merasmikan Karnival Sukan Rakyat (KASURA) dengan tema ‘Merakyatkan Sukan Untuk Kesihatan & Perpaduan’ anjuran Pusat Khidmat Penyelaras Dun Permatang di bawah pimpinan Tuan Haji Mohd Yahya Bin Hj Mat Sahri ?✨
Karnival Sukan Rakyat Tanjong Karang ini dianjurkan buat kali ke-9 untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi untuk menggalak dan menjadikan Tanjong Karang sebagai sebuah Daerah yang mempunyai rakyat yang membudayakan sukan seiring dengan kerangka Malaysia MADANI. Sebanyak 14 acara sukan akan dipertandingkan antara kampung di Parlimen Tanjung Karang.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran 700 peserta larian Night Run KASURA yang terdiri dari peserta KASURA & juga mahasiswa/i UNISEL. Wakil pelajar UNISEL juga telah menyerahkan simbolik penyerahan Sekretariat Rakan Muda UNISEL selepas majlis perasmian yang disempurnakan dengan larian obor ?✨
Cik Artika binti Rozilan, Penolong Pengarah (Rakan Muda), JBSN Selangor diiringi Encik Saibie bin Ibrahim, Pegawai PBSD Petaling telah menghadiri majlis penutup Program Rakan Muda Rentak Seni Daerah Petaling pada ?️ 22 November 2024 (Jumaat). Program ini dengan kerjasama ? City University Malaysia Cawangan Petaling Jaya dan telah disertai seramai 25 orang peserta. Selama tiga (3) sesi latihan tarian Tradisional Melayu telah dijalankan yang telah diketuai oleh Cikgu Kenit selaku Tenaga Pengajar yang berpengalaman luas dalam bidang seni tarian tradisonal melayu ?✨
Program Rakan Muzik ini merupakan salah satu elemen gaya hidup Rakan Muda yang telah diperkenalkan oleh KBS untuk belia-belia di luar sana dan diberi pendedahan lebih detail mengenai muzik dan teknik-teknik asas tarian.
Diharap pada masa akan datang lebih ramai belia-belia di luar sana mengetahui dan menyukai seni tari melayu agar ia tidak luput ditelan zaman ?✨
Program Kelas Asas Tarian Klasik Bharatham yang berlangsung pada 13, 19, dan 21 November 2024 telah melabuhkan tirainya dengan penuh kejayaan hari ini ?
Majlis ini disempurnakan dengan kehadiran tetamu kehormat: - Puan Azura Binti Haji Sarbin, Pengarah JBSN Selangor - Tuan Murugapperummal Pillai, Pegawai PBSD Klang - Tuan Kulandai, Setiausaha Persatuan Kabaddi Daerah Klang
Turut memeriahkan majlis: - Puan Nor Zakiah, Pengerusi Majlis Belia Daerah Klang - HYO Daerah Klang
Dalam ucapannya, Puan Azura menekankan pentingnya penglibatan remaja dalam program-program Rakan Muda seperti ini untuk memperkukuhkan semangat seni, budaya, dan jati diri belia. Program ini bukan sahaja memberi ruang kepada para peserta untuk mempelajari asas tarian klasik Bharatham, tetapi juga berfungsi sebagai platform untuk memupuk perpaduan dan menghargai warisan seni budaya ?
Majlis Belia India Malaysia Cawangan Sentosa mengucapkan jutaan terima kasih kepada PBSD Klang atas kepercayaan dan peluang yang diberikan untuk mengendalikan program ini ?
Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tenaga pengajar iaitu Puan Vishalini, atas dedikasi dan bimbingan beliau sepanjang program ini. Usaha beliau memastikan para peserta mendapat asas tarian yang kukuh amat dihargai.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini! Semoga lebih banyak inisiatif seperti ini dapat dilaksanakan pada masa hadapan.
Tahukah anda apakah antara bahan di dalam menghasilkan kasut sukan? ?
Tayar pula diperbuat daripada apa? ?
Haaaa, kami nak kongsikan yang getah merupakan bahan utama di dalam pembuatan kasut sukan dan tayar!
Tapi bagaimana proses ia berjalan? ?
Jom la sertai Rakan Muda: Jom Teroka Industri Getah seperti berikut:
?️ : 16 November 2024 (Sabtu) ⏰ : 9.00 pagi ? : Akademi Hevea, Lembaga Getah Malaysia, Sungai Buloh ?️ : Penyertaan Percuma ? : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfu3LfGUD-Pu8Eel8DYkmxAIMwcZWXzVtAdRPYm324J-Vu52Q/viewform
Malaysia juga merupakan di antara pengeluar getah asli utama di dunia tau ?
Program juga akan turut diserikan dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh ?
Terbuka buat anak muda Malaysia yang berumur 13 hingga 30 tahun sahaja ??
PROGRAM SUKAN LUAR BANDAR NEGERI SELANGOR TAHUN 2024 ?✨
Telah berlangsung Program Sukan Luar Bandar Peringkat Negeri Selangor pada ?️ 17 November 2024 bertempat di?Kampung Orang Asli Sungai Bumbun, Pulau Carey, Kuala Langat.
Program anjuran JBSN Selangor dengan kerjasama ? Kelab Sukan Kecergasan Strike2 Fit telah mendapat sokongan yang sangat baik daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Selangor, Pejabat Perpaduan dan Intergrasi Nasional Daerah Kuala Langat, IKBN Kuala Langat dan JKK Kampung Sungai Bumbun, Pulau Carey.
Seramai lebih 1,000 orang peserta terdiri daripada Masyarakat Luar Bandar Daerah Kuala Langat telah menyertai pelbagai aktiviti antaranya Pertandingan Memanah ?, Pertandingan Bola Sepak ⚽️ 9 Sebelah, Sepak Penalti Wanita ?♀️, Pertandingan Congkak, Dart dan Sukaneka.
Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Puan Norazreen binti Sulaiman, Timbalan Pengarah JBSN Selangor. Turut hadir sama dalam majlis penyampaian hadiah Encik Mohamad Fadil bin Sulaiman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat serta Encik Azman bin Sab, Pengerusi JKK Kampung Orang Asli Sungai Bumbun.
Program ini dilihat telah mencapai objektifnya dalam usaha meningkat penglibatan masyarakat luar bandar dalam menjadikan sukan sebagai gaya hidup serta secara tidak langsung memberi impak kepada komuniti termasuk dalam aspek kesihatan dan pembangunan sosial.
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231