- JBS Selangor
- Hits: 234
? KLAS RENANG SELANGOR (KATEGORI KANAK-KANAK OKU) BAGI TAHUN 2024 TELAH BERAKHIR
Hulu Langat, 18 Disember 2024 (Rabu) - Telah berakhir Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Kategori Kanak - Kanak OKU bagi tahun 2024 Negeri Selangor di bawah kendalian Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Hulu Langat di?Nadim Swim School Academy, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi.
KLAS Renang ini telah dilaksanakan sebanyak sepuluh (10) sesi latihan bermula ?️ pada 3 Disember 2024 yang lalu melibatkan penyertaan seramai 40 orang kanak-kanak orang kurang upaya (oku) berumur antara 6 hingga 15 tahun.
Pengarah Jabatan Belia dan Negeri Selangor, Puan Azura Hj Sarbin hadir untuk menyantuni peserta dan ibu bapa peserta bagi mendapatkan maklum balas objektif pelaksanaan KLAS Renang ini serta menyempurnakan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta.
Hadir sama dalam sesi akhir ini ialah Puan Zulaila binti Abdul Ghani, Pegawai khas Ahli Parlimen Bangi, Encik Ahmad Azfar, Pengurus Nadim Swim School, UKM Bangi dan Puan Suhailah binti Mohd Sa'at, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat
#JBSNegara
#JBSNSelangor
#KLASRenang2024Selangor
- JBS Selangor
- Hits: 234
