MAJLIS PERASMIAN LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT KEBANGSAAN 2024
Majlis Perasmian bagi Liga Sukan Komuniti Peringkat Kebangsaan 2024 telah membuka tirai pada hari ini dengan penglibatan semua peserta dari seluruh Negeri. Sebanyak 15 buah Negeri akan berentap dalam 3 kategori sukan iaitu Bola Tampar (Wanita), Sepak Takraw dan PingPong (Campuran).
Pasukan Selangor dengan penglibatan atlet seramai 29 orang akan berentap dalam saringan kumpulan bagi merebut pentas suku akhir. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Adam Adli Abd Halim.
Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah mengetuai pasukan bagi menerima bendera Kontinjen semasa majlis perasmian. Semoga berjaya dan selamat berjuang kepada semua.
#JBSNSelangor
#MalaysiaMadani
#LSKKebangsaan2024

- JBS Selangor
- Hits: 126