- JBS Selangor
- Hits: 169
YB NAJWAN MENYEMPURNAKAN PRA PELANCARAN SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA (HBN) PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2025
YB NAJWAN MENYEMPURNAKAN PRA PELANCARAN SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA (HBN) PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2025
JBSN Selangor dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Selangor (MBS Selangor) dan Majlis Belia Selangor Daerah Klang (MBD Klang) akan melaksanakan Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Selangor 2025 pada 🗓️ 17 hingga 18 Mei 2025 bertempat di📍KSL Esplanade Mall, Klang. Pada edisi kali ini daerah Klang akan menjadi tuan rumah bagi sambutan HBN peringkat Negeri Selangor.
Telah berlangsung satu Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Belia Negara Peringkat Negeri Selangor dan Majlis Soft Launching HBN Selangor 2025 pada 29 April 2025 (Selasa) yang dipengerusikan oleh YB. Tuan Mohd Najwan bin Halimi, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor. Mesyuarat pada pagi ini memfokuskan gerak kerja yang melibatkan pelbagai Jabatan dan Agensi di bawah Negeri Selangor bagi membantu dalam pelaksanaan Sambutan HBN Peringkat Negeri Selangor 2025.
Sebanyak 30 Jabatan dan Agensi terlibat sebagai rakan strategik dalam mesyuarat dan majlis tersebut.
Antaranya:
1. Majlis Belia Negeri Selangor (MBS Selangor)
2. Majlis Belia Negeri Daerah Klang (MBD Klang)
3. Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK)
4. Pejabat Daerah dan Tanah Klang
5. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
6. Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY)
7. Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor (IPK Selangor)
8. Jabatan Penerangan Malaysia Cawangan Negeri Selangor
9. Jabatan Penyiaran Selangor
10. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Cawangan Negeri Selangor
11. Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
12. Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS)
13. Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Selangor
14. MARA Negeri Selangor
15. Akademi Kenegaraan Malaysia
16. Sekretariat Majlis TVET Negara
17. PERKESO Negeri Selangor
18. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor
19. Tourism Selangor
20. Selangor Technical Skills Development Centre
21. Yayasan Hijrah Selangor
22. Selangor Football Club (SFC)
23. Halal International Selangor
24. Media Selangor Sdn Bhd
25. Kolej Komuniti Klang
26. Kolej Komuniti Kuala Langat
27. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat
28. Politeknik Banting Selangor
29. ADTEC Shah Alam (Advance Technology Training Centre)
30. Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG)
Sebagai simbolik pra pelancaran HBN Selangor 2025, YB Najwan menyampaikan sijil penghargaan kepada semua rakan strategik yang dilantik. Kerjasama dari setiap Jabatan dan Agensi amat penting untuk memastikan pelaksanaan HBN Selangor pada tahun ini mencapai sasaran.
#JBSNSelangor
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#HBN2025
#YakinBoleh
- JBS Selangor
- Hits: 169
