🔊TAKLIMAT DANA SUKAN KBS (GPS & DSK) 2025 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Adakah anda terlibat dalam sukan di peringkat persatuan/kelab sukan yang berdaftar di bawah PJS & pertubuhan belia yang berdaftar di bawah ROY?.Kini peluang untuk memajukan aktiviti sukan anda semakin cerah dengan Geran Padanan Sukan & Dana Sukan Komuniti di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan!
🌟 Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan info GPS & DSK KBS 2025 yang lebih terperinci!
⚡Jom sertai TAKLIMAT DANA SUKAN KBS (DSK & GPS) 2025 pada 27 Januari 2025 (Isnin) dengan mendaftar pada pautan 👇🏻
89 PERTUBUHAN BELIA NEGERI SELANGOR MENERIMA SIJIL STAR RATING BAGI TAHUN 2023
Shah Alam, 18 Januari 2025 - Majlis Penyampaian Sijil Penarafan Bintang (Star Rating) kepada Pertubuhan Negeri Selangor telah diadakan bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor sempena Kejohanan Pickleball dan Bola Sepak 9 Sebelah Piala YB Najwan Halimi.
Star Rating ini sebagai pengiktirafan secara formal kepada pertubuhan belia dalam pengurusan tatakelola yang baik kepada Badan Pendaftar Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.
Sebanyak 89 Pertubuhan Belia menerima sijil Star Rating bagi tahun 2023 :
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ 13 Pertubuhan Belia
⭐️⭐️⭐️⭐️ 39 Pertubuhan Belia
⭐️⭐️⭐️ 37 Pertubuhan Belia
Pertubuhan Belia yang mendapat Star Rating mempunyai kelebihan dan keistimewaan serta nilai tambah bagi pencalonan Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri dan Kebangsaan khususnya. Selain itu, keutaamaan bagi permohonan Bantuan Aktiviti NGO dan Dana Sukan Komuniti serta pelbagai platform program pembangunan belia negeri Selangor.
Antara kriteria utama dalam penarafan bintang adalah berdasarkan kepada 5 komponen utama (core element) penghantaran Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) yang dilaporkan setiap tahun iaitu: 1) Mesyuarat Agung tahunan 2) Keahlian 3) Kewangan 4) Aktiviti 5) Ahli Jawatankuasa
Majlis penyampaian Sijil Penarafan Star Rating bagi 5 bintang disampaikan oleh oleh YB Najwan Halimi, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor dan YBhg Dato’ Mohd Imran bin Tamrin, Presiden Majlis Belia Negeri Selangor. Tahniah dan syabas kepada semua penerima Star Rating tahun 2023. Semoga menjadi inspirasi kepada semua Pertubuhan Belia di Negeri Selangor
KEMERIAHAN SUKAN PICKLEBALL DAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH PIALA YB NAJWAN HALIMI
🗓️ 18 Januari 2025 📍Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Kemeriahan program Penggalakan Sukan Untuk Semua Peringkat Negeri Selangor telah menyaksikan kehadiran rakan-rakan strategik Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor yang menyertai Kejohanan Pickleball dan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala YB Najwan Halimi.
Yang Berhormat Tuan Mohd Najwan bin Halimi, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor telah merasmikan program tersebut dengan membuat pukulan Pickleball bersama-sama YBrs. Pn Azura Hj Sarbin Pengarah JBS Selangor.
Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala YB Najwan Halimi menyaksikan 5 pasukan yang bertanding iaitu Majlis Belia Negeri Selangor, Majlis Sukan Negeri Selangor, ABIM Negeri Selangor, YB EXCO X PeBS serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.
Johan Bola Sepak 9 Sebelah telah dimenangi oleh Pasukan YB EXCO X PeBS diikuti Naib Johan oleh Pasukan ABIM Negeri Selangor. Tempat ketiga bersama dari Pasukan JBS Selangor dan Majlis Sukan Negeri Selangor.
Bagi acara Pickleball, penyertaan adalah sebanyak 18 pasukan yang melibatkan 2 kategori iaitu Beregu Campuran (8 pasukan) dan Beregu Lelaki (10 pasukan). Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Mohd Imran bin Tamrin, Presiden Majlis Belia Negeri Selangor diiringi oleh Encik Jasalilawadi bin Jahi Penolong Pengarah Kanan, JBS Selangor.
PROGRAM PENGGALAKAN SUKAN UNTUK SEMUA, SUKAN PICKLEBALL & BOLA SEPAK 9 SEBELAH MENJADI PILIHAN
🗓️ 18 Januari 2025 ( Sabtu) 📍 Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor melalui Bahagian Pembangunan Sukan akan melaksanakan program Penggalakan Sukan Untuk Semua yang melibatkan sukan Pickleball dan Bola Sepak 9 Sebelah dengan penglibatan Rakan-rakan strategik serta Persatuan Belia dan Persatuan Sukan.
YB Najwan Halim, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan akan merasmikan program tersebut serta membuat sepak mula sebagai simbolik bermulanya pertandingan.
13 Januari 2025 (Isnin) ⏰ 11.00 pagi Bilik Mesyuarat JBSN Selangor
Telah berlangsung satu Mesyuarat Penyelarasan Sukan Muhibbah Enam Penjuru (SUKMEP) yang melibatkan negeri Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka
Perancang pelaksanaan SUKMEP akan berlangsung pada 8 Februari 2025 (Sabtu) bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor ?
LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA KE PREMIS BARU JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SELANGOR
?️ 9 Januari 2025 ?Shah Alam, Selangor
Lawatan kerja Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara ke penempatan baru Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor.
Kompleks ini dulunya dikenali sebagai Kompleks Sukan Shah Alam (Panasonic) telah diambil alih oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara pada April 2024. Ketua Pengarah JBSN meluangkan masa melihat sekitar kompleks dengan kemudahan dan fasiliti yang sedia ada. Beliau juga sudi beramah mesra bersama Pegawai dan Kakitangan JBSN Selangor.
PEMAKLUMAN PERPINDAHAN & PERTUKARAN ALAMAT JABATAN
Sukacita dimaklumkan, bermula 6 Januari 2025 (Isnin) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor akan beroperasi di alamat?Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor, Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231