MPBN NEGERI SELANGOR SIDANG I PENGGAL KE-35 SESI 2025-2026

MPBN NEGERI SELANGOR SIDANG I PENGGAL KE-35 SESI 2025-2026

MPBN NEGERI SELANGOR SIDANG I PENGGAL KE-35 SESI 2025-2026

Berlangsung pada 7 Ogos 2025 (Khamis), Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Selangor Sidang I, Penggal Ke-35, Sesi 2025-2026 telah selesai dilaksanakan di Wiswa Dewan Negeri Selangor.

Persidangan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Najwan bin Halimi, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor. Turut hadir dalam persidangan Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah JBSN Selangor, Encik Mohamad Nizam bin Marjugi, Ketua Pegawai Eksekutif MSN Selangor dan Yang Berbahagia Dato’ Mohd Imran bin Tamrin, Presiden Majlis Belia Selangor.

Persidangan dimulakan dengan pembentangan Kertas Kerja oleh Majlis Belia Negeri Selangor memohon Penubuhan HUB  Pembangunan Belia berpusat di setiap Daerah Negeri Selangor.

Sebanyak empat (4) usul telah dibahaskan iaitu:
1. Pembangunan & Kepimpinan - Mencadangkan PBT memperuntukkan 1 kerusi kepada Pengerusi MBD sebagai Ahli Majlis atau Ahli Majlis Tindakan Daerah;
2. Pembangunan Modal Insan Belia - Merangka satu Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Belia Luar Bandar yang komprehensif dengan tumpuan khusus kepada golongan Belia Luar Bandar;
3. Kepimpinan - Penubuhan Akademi Kepimpinan Belia Madani Negeri Selangor di bawah Pejabat Menteri Besar Selangor dengan penglibatan MBS bersama Penggerak Belia Selangor;
4. Kemudahan Awam - Mencadangkan dan menggesa agar prasarana & kemudahan pengangkutan awam di kawasan luar bandar khususnya di kawasan Hulu Bernam.

Usul-usul yang dibahaskan mendapat maklumbalas yang baik dari YB EXCO Belia & Sukan dan setiap agensi yang hadir.

#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#MPBNSelangor

Image
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231

jbsselangor@gmail.com
http://www.jbsn.gov.my/jbs-selangor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search