“Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada teladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang mengharap Allah dan hari akhir serta banyak berzikir kepada Allah” (Surah Al-Ahzab, ayat 21).
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
?MAJLIS PERASMIAN FIT MALAYSIA SELANGOR 2024 MERIAH ?
Majlis Perasmian Fit Malaysia Selangor 2024 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Najwan bin Halimi, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor bertempat di Laman Seni Safari, Klang. Mengiringi beliau Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dan Tuan Mohd Zary Affendi bin Mohd Arif, Timbalan Datuk Bandar Diraja Klang.
Hadir sama memeriahkan majlis, Dato' Munasor bin Aliyasak, Pengurus Besar Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, SUPT Kamalariffin bin Aman Shah, Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan serta Encik Hasif bin Jafri, Penghulu Kawasan Telok Gadong.
Hampir 3000 orang telah membanjiri Laman Seri Safari, Klang dengan pelbagai aktiviti yang disediakan seperti Aerobikthon, Indoor Rowing Championship, JumpRope Challenge, Yoga For Humanity serta pelbagai aktiviti kecergasan dengan aktiviti utama adalah Fun Run 5km.
Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program Fit Malaysia Selangor 2024.
MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN NEGERI SELANGOR ?✨
?️ 13 September 2024 (Jumaat)
? Hotel Geno, Shah Alam
Yang Berhormat Tuan Mohd Najwan bin Halimi, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor mewakili Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera kepada sepuluh (10) orang pengurus acara sukan iaitu badminton ? , renang ? , memanah ? , olahraga ?♀️ , ping pong ? , tenpin boling ? , boccia, catur ♟️ , lawn ball ? dan powerlifting ??.
Hadir sama pada Majlis ini adalah rakan strategik utama Kontinjen Para SUKMA Negeri Selangor iaitu Menteri Besar Incoporated (MBI) yang menyumbang dana sebanyak RM 130,000.00 kepada Kontinjen Para Selangor. Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor turut menyumbang baju kontinjen kepada semua atlet Para SUKMA.
Semoga atlet-atlet Para SUKMA Negeri Selangor beraksi cemerlang dan pulang membawa kemenangan!
PASUKAN RENANG PARA NEGERI SELANGOR SUDAH BERSEDIA ?♂️
12 September 2024, Kelana Jaya - Puan Norazreen binti Sulaiman selaku ACDM bagi pasukan Para Negeri Selangor bagi Kejohanan Sukan Para Sukma XXI Sarawak 2024 telah hadir meluangkan masa bersama dengan atlet renang para bagi meninjau sesi latihan yang dijalankan. Latihan dijalankan di Kompleks Renang Kelana Jaya dimana 2 sesi waktu latihan iaitu jam 7.00 hingga 9.00 pagi serta 3.00 hingga 5.00 petang.
Penyampai dari Selangor.fm turut serta semasa sesi latihan bagi menemubual atlet para renang sepanjang latihan berlangsung. Temasya Sukan Para SUKMA Sarawak XXI akan berlangsung pada 21 hingga 28 September 2024 di Bumi Kenyalang, Sarawak yang mempertandingkan 10 acara sukan dan sukan renang merupakan salah satu acara sukan yang menjadi taruhan bagi pingat emas.
Para atlet bersemangat menjalani latihan bagi persiapan akhir sebelum berangkat ke Sarawak pada 18 September 2024. Semoga kejuaraan milik Selangor!
Ketua Delegasi Para Sukma XXI Sarawak 2024 bagi Kontinjen Negeri Selangor, Puan Azura Hj Sarbin telah meluangkan masa untuk bersama dengan atlet angkat berat para di Kompleks Belia dan Sukan Selangor bagi meninjau sesi latihan intensif yang dijalankan pada 10 September 2024.
Turut bersama-sama dengan atlet angkat berat para Negeri Selangor adalah penyampai dari Selangor.fm yang menemubual mereka sepanjang latihan berlangsung bagi persiapan akhir menjelang Temasya Para SUKMA Sarawak XXI yang akan diadakan pada 21 hingga 28 September 2024.
Beliau juga menyampaikan amanat dan kata-kata semangat sebagai motivasi kepada atlet-atlet angkat berat para yang bakal menggalas cabaran Kontinjen Negeri Selangor di Bumi Kenyalang. Semoga kejuaraan milik Selangor!
PROGRAM MASTER SPORTS PICKLEBALL TOURNAMENT SELANGOR 2024 ?✨
Pickleball adalah sukan yang semakin popular dikalangan masyarakat dan mengabungkan elemen sukan tennis ?, badminton ? dan ping pong ?. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Selangor Pickleball Association dan PKNS Real Estate (PREC) telah mengadakan Master Sports Pickleball Tournament Selangor 2024 pada 8 September 2024 (Ahad) di Arena A.T.A.S @ SACC Mall, Shah Alam.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor iaitu Yang Berhormat Tuan Mohd Najwan bin Halimi dan diiringi oleh Yang Berbahagia Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor bersama-sama Yang Berbahagia Tuan Sr. Hj Fakru Radzi bin Ab Ghazni Ketua Pegawai Eksekutif PREC.
Ketua Delegasi Para Sukma XXI Sarawak 2024 bagi Kontinjen Negeri Selangor Puan Azura Hj Sarbin telah meluangkan masa ke Kompleks Sukan Bukit Kiara Kuala Lumpur,untuk melihat Pasukan Lawn Bawl Para Selangor menjalani latihan dan persiapan akhir menjelang Temasya Para SUKMA Sarawak XXI yang bakal berlangsung pada 21 hingga 28 September 2024.
Beliau juga menyampaikan amanat dan kata-kata semangat sebagai motivasi ,serta penyampaian kit atlet kepada 7 orang atlet para lawn bawl yang akan membawa cabaran Kontinjen Negeri Selangor di Bumi Kenyalang. Turut hadir memberi sokongan Presiden PESRON Selangor. Semoga kejuaraan milik Selangor!
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231