Dengan hasrat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat, HSN tahun ini akan disambut pada 12 Oktober 2024 ?? bertempat di?Dataran Kemerdekaan Shah Alam!
MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN SUKAN PARA SUKMA XXI SARAWAK 2024 ?✨
Kejohanan Sukan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 secara rasminya menutup tirai malam tadi di Stadium Perpaduan, Petrajaya yang disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh dan turut diserikan dengan persembahan unik daripada tuan rumah.
Sarawak selaku tuan rumah telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan pungutan pingat 82 emas, 53 perak dan 74 gangsa sekaligus mencatat kemenangan buat kali ke-14. Kontinjen Negeri Selangor berpuas hati dengan kedudukan keempat (ke-4) dan melebihi sasaran yang ditetapkan dengan pungutan pingat 30 ?, 42 ? dan 40 ?.
Yang Berusaha Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah JBSN Selangor selaku Ketua Kontinjen Negeri Selangor telah menerima Bendera Kejohanan sebagai simbolik penganjuran Kejohanan Sukan Para SUKMA Tahun 2026 ?✨
Berita tidak disangka-sangka apabila Yusril Hafiz, atlet Para Lawn Bowls telah menghadiahkan satu (1) lagi pingat emas ? buat Kontinjen Negeri Selangor sempena Para SUKMA XXI Sarawak 2024 apabila berjaya menewaskan atlet Melaka dan Negeri Sembilan dalam Kategori Perseorangan Lelaki B7 bertempat di Arena Boling Padang, Sarawak ?
Yang Berusaha Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah JBSN Selangor selaku Ketua Kontinjen Negeri Selangor tidak melepaskan peluang menyaksikan acara itu secara berlangsung dan memberikan sokongan moral kepada atlet ?✨
Alhamdulillah, terima kasih sekali lagi buat semua atlet Para SUKMA Negeri Selangor!
Tahniah dan terima kasih kepada semua barisan atlet yang mewakili Kontinjen Negeri Selangor sempena Kejohanan Sukan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 bermula 22 hingga 28 September 2024 bertempat di Kuching, Sarawak.
Sebanyak sepuluh (10) sukan dipertandingkan iaitu Para Renang, Para Olahraga, Para Tenpin Boling, Para Ping Pong, Para Catur, Para Lawn Bowls, Para Badminton, Para Powerlifting, Para Memanah dan Boccia ??➡️✨
Alhamdulillah, Kontinjen Negeri Selangor mencapai sasaran 29 pingat emas ? dan atlet Para Catur ♟️ menjadi penyumbang kepada pingat ke-29 tersebut. Majlis Penyampaian Pingat tersebut telah disampaikan oleh Yang Berusaha Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah JBSN Selangor selaku Ketua Kontinjen Negeri Selangor dan diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Tuan Danial Al Rashid bin Haron Aminar Rashid, Pengerusi Majlis Tindakan OKU Negeri Selangor ?✨
MEET & GREET TETAMU JEMPUTAN BERSAMA ATLET NEGERI SELANGOR ?✨
?️ 26 September 2024 (Khamis) ? Kuching, Sarawak
Ketibaan tetamu jemputan sempena Kejohanan Sukan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 iaitu Yang Berusaha Encik Ahmad Azri bin Zainal Nor, Ketua Yayasan MBI Selangor dengan Yang Berusaha Encik Mohd Faiz bin Shuhaimi, Presiden Majlis Belia OKU Malaysia dan disambut mesra oleh wakil Keluarga Angkat Kontinjen Negeri Selangor iaitu Yayasan Sarawak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) ?✨
Sesi kunjungan tersebut melibatkan tiga (3) sukan iaitu Para Ping Pong ?, Para Badminton ? dan Para Tenpin Boling ? .
Terima kasih Tuan atas kunjungan dan kata-kata semangat buat barisan atlet ?✨
Dengan hasrat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat, HSN tahun ini akan disambut pada 12 Oktober 2024 ?? bertempat di?Dataran Kemerdekaan Shah Alam!
Seluruh warga JBSN Selangor ingin mengucapkan selamat bersara dan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Mohd Azhari Mohammad atas segala jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan selaku Ketua Pengarah ?✨
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231