PERSIDANGAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI SELANGOR SIDANG II PENGGAL KE-34 SESI 2023-2024
Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Belia Selangor (MBS) telah melaksanakan persidangan Majlie Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Selangor pada 29 Ogos 2024 bertempat di Bilik Gerakan Utama, Pejabat Daerah dan Tanah Petaling.
Seramai 120 orang ahli perwakilan menghadiri persidangan pada petang ini. Sebanyak 6 usul telah dicadangkan dan dibahaskan yang merangkumi pelbagai kluster dan mendapat maklum balas yang sangat positif daripada Jabatan / Agensi yang terlibat.
YAB Dato’ Seri Haji Amirudin bin Shari, Dato Menteri Besar Selangor telah merasmikan sekaligus mempengerusikan MPBN Negeri Selangor Sidang II Penggal ke-34 Sesi 2023-2024.
Dengan adanya persidangan seperti ini, ianya harus dimanfaatkan sepenuhnya agar segala permasalahan belia terutamanya diakar umbi dapat diatasi demi pembangunan belia Negeri Selangor ke arah yang lebih baik.
JBSN Selangor dengan sokongan ? Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah melaksanakan program Pesta Rakan Muda Mudi Negeri Selangor pada ?️ 24 dan 25 Ogos 2024 bertempat di?The Spine @PJKita. Program ini bertujuan untuk menyediakan platform dan peluang kepada belia ?♀️ untuk menyerlahkan potensi dan bakat seiring meningkatkan pembangunan belia. Tambahan lagi, program ini juga mampu memberi peluang kepada para belia untuk mengekspresikan bakat dan potensi diri mereka dalam bidang seni ? secara lebih mendalam melalui saluran yang betul ?✨
Penutup program pada hari ini mensajikan Rakan Muzik: Pertandingan Battle of The Band “Merdeka” dan Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Dato’ Mohd Imran bin Tamrin, Presiden Majlis Belia Negeri Selangor diiringi Cik Artika binti Rozilan, Penolong Pengarah JBSN Selangor.
Program yang berlangsung selama dua (2) hari ini disusun dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya Rakan Muzik: PJ Jazz Corner, Rakan Niaga: The Spine Art Market, Rakan Ekspresi: Bus Lukis & Karikatur, Rakan Digital: Pameran Simulator Dron yang dikuasakan oleh HEE Tech Academy, Rakan Aktif: Pertandingan Walking Football dan banyak lagi.
Terima kasih warga PJ atas sokongan yang diberikan! ?✨
Tahniah kepada para pemenang Liga Sukan Komuniti (LSK) 2024 Negeri Selangor yang telah berlangsung pada 25 Ogos 2024 (Ahad) di 3 venue berbeza iaitu Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor bagi acara (Sepak Takraw), Dewan Kelab SUK Shah Alam (Ping Pong) dan Dewan Tanjung MBSA, Shah Alam (Bola Tampar Wanita).
Keputusan perlawanan adalah seperti berikut:
Sepak Takraw;
? Petaling B
? Hulu Langat B
? Kuala Selangor B
Bola Tampar Wanita;
? Klang B
? Hulu Selangor A
? Sepang A
Ping Pong Berpasukan;
?Klang A
? Petaling A
? Klang B
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah JBSN Selangor dan diiringi oleh Puan Norazreen binti Sulaiman, Timbalan Pengarah JBSN Selangor. Johan bagi ketiga-tiga acara akan mewakili negeri Selangor ke peringkat Kebangsaan! ??
Syabas dan terima kasih kepada semua peserta kerana telah bertanding dengan semangat juang yang tinggi.
PROGRAM SUKAN BERMOTOR NEGERI SELANGOR 2024 KLASS GO KART KBS ?️ ?
Bahagian Pembangunan Sukan, JBSN Selangor dengan kerjasama ? Kelab Sukan Bermotor Integrasi dan Comma Motorsports telah menganjurkan Program Sukan Bermotor Negeri Selangor KLASS Go Kart KBS bertempat di?Litar Speedway USJ Subang Jaya. Peserta yang menyertai program ini terdiri daripada Jabatan/ Agensi Kerajaan, NGO Belia dan Sukan Negeri Selangor antaranya Jabatan Akauntan Negara Negeri Selangor, MARA Negeri Selangor, AADK Hulu Selangor, Majlis Bandar DiRaja Klang, Lembaga Urus Air Selangor, Gerakan Belia 4B, Persatuan Sukan Bermotor Ekstrem Negeri Selangor, Kelab Sukan Kecergasan Zuma Zon, Politeknik Shah Alam, UniKL, UKM, UPM dan Kolej Tingkatan 6 Pudu Jaya. ??
Para peserta telah didedahkan dengan Pengenalan Asas Go Kart ?️ yang merangkumi teori pemanduan, teknikal, peraturan dan undang-undang serta praktikal pemanduan.
Masjlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah JBSN Selangor. Hadir sama pada program ini wakil Kelab Sukan Bermotor Integrasi, Encik Nor Shamsul yang juga merupakan ketua jurulatih program go kart.
Yang Berusaha Puan Azura Hj Sarbin Pengarah JBSN Selangor telah meluangkan masa ke Alam Lanes Shah Alam untuk menyaksikan Pasukan Tenpin Bowling Para Selangor menjalani program persiapan akhir menjelang Temasya Para SUKMA Sarawak XXI yang bakal berlangsung pada bulan September ini.
Puan Pengarah juga menyampaikan amanat dan kata-kata semangat sebagai motivasi kepada para atlet yang akan membawa cabaran Kontinjen Negeri Selangor di Bumi Kenyalang dan semoga kejuaraan milik Selangor! ?✨
Timbalan Ketua Pengarah (Rakan Muda), JBSNegara diiringi Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah JBSN Selangor telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah sempena Pesta Rakan Muda Mudi Negeri Selangor bagi aktiviti Rakan Aktif: Walking Football dan Rakan Digital: E-Sport Challenge ?✨
Pesta Rakan Muda Mudi ini berlangsung selama dua (2) hari bermula 24 Ogos 2024 (Sabtu) bertempat di The Spine @PJKita, Petaling Jaya. Program ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk memberi platform kepada anak muda untuk menonjolkan bakat mereka dalam bidang yang mereka minati sama ada dalam bidang seni ?, muzik ?, sukan ? dan keusahawanan ???♂️
Antara persembahan pembuka tirai pada hari ini ialah tarian tradisional, cak lempong, seruling, teater terbuka, The Spine Art Market dan banyak lagi.
Rakan Bumi: Lestari Hijau Negeri Selangor yang berkonsepkan pemuliharaan alam semula jadi mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan seramai 35 orang. Program yang berlangsung di Denai 3 Puteri, Kota Damansara, Petaling Jaya telah disempurnakan oleh Cik Artika binti Rozilan, Penolong Pengarah JBSN Selangor tepat jam 8.00 pagi ??
Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar dan kawasan berhutan serta memupuk semangat cintakan alam semula jadi dan pengekalan kawasan litupan hijau.
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231