?? KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG FASA 2 2024 (WARGA EMAS) DAERAH HULU LANGAT
Telah bermula Program KLAS Renang (Fasa 2) Negeri Selangor Tahun 2024 ?? di bawah kendalian Pejabat Belia & Sukan Daerah Hulu Langat bertempat ?Kolam Renang Nadim Swim School, UKM (peserta lelaki) dan Tanera Hotel, Bangi (peserta wanita).
KLAS Renang ini akan dilaksanakan sebanyak 6 sesi latihan bermula 13 Ogos 2024 dan dijadualkan berakhir pada 23 Ogos 2024 melibatkan penyertaan daripada golongan Warga Emas berumur antara 60 hingga 75 tahun. Pelaksanaan adalah dengan kerjasama Persatuan Renang Para Negeri Selangor dan Nadim Swim School.
Diharapkan para peserta dapat mengaplikasikan objektif berikut:
✅ Pendedahan kepada teknik asas berenang yang betul dan selamat
✅ Membina keyakinan di dalam air (water confidence)
✅ Membudayakan gaya hidup sihat dan aktif menerusi aktiviti berenang
PENTAS “PESTA RAKAN MUDA MUDI” SELANGOR DIBUKA ?⚡️
JBSN Selangor dengan sokongan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menganjurkan satu program menarik sempena sambutan bulan Kemerdekaan
?️ 24 & 25 Ogos 2024
? The Spine @PJKita, Kelana Jaya
Pesta Rakan Muda Mudi bertujuan untuk menyediakan platform dan peluang kepada belia untuk menyerlahkan potensi dan bakat seiring meningkatkan pembangunan belia. Selain itu, ia turut memberi ruang kepada belia bagi mengekspresikan bakat dan potensi diri mereka dalam bidang seni secara lebih mendalam serta mengetengahkan kebolehan mereka kepada saluran yang betul agar bakat tersebut dapat diperkasa dan digilap supaya dapat melahirkan karyawan bermutu dan kreatif berseni ?
Antara pengisian dan aktiviti adalah seperti berikut;
PEMBANGUNAN SUKAN BAHARU PICKLEBALL NEGERI SELANGOR 2024
Pickleball adalah sukan raket yang berkembang pesat yang mengabungkan elemen tenis ? , badminton ? dan ping pong ? . Ia dimainkan dengan alat paddle dan bola plastik berlubang di atas gelanggang dengan net yang direndahkan (3 kaki).
Pickleball sesuai untuk pemain dari semua peringkat umur dan kemahiran, menjadikannya sangat mudah di akses dan inklusif. Ia boleh dimainkan secara perseorangan (single) atau beregu (double) dan peraturannya agak mudah untuk di fahami.
Ingin tahu lebih lanjut mengenai sukan ini ?♀️ Jom daftar dan sertai kami;
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231