MAJLIS MAKAN MALAM PARA SUKMA XXI SARAWAK 2024 ?️✨
?️ 21 September 2024 (Sabtu)
? Hikmah Exchange Event Centre
Tuan rumah Kejohanan Sukan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 berbesar hati meraikan barisan atlet, pengurus, jurulatih dan pegawai pada Majlis Makan Malam bersama Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak, Menteri Kedua Sumber Asli & Pembangunan Bandar dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri & Pelaburan wakil rasmi Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak.
Turut hadir bagi memenuhi jemputan Yang Berhormat Tuan Mohd Najwan Halimi Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor diiringi Yang Berusaha Tuan Mohamad Nizam Marjugi, Pengarah MSN Selangor dan Yang Berusaha Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah JBSN Selangor selaku Ketua Kontinjen (CDM).
Kontinjen Negeri Selangor turut menyampaikan cenderamata balas dalam sesi pertukaran hadiah kepada Timbalan Premier Sarawak sebagai tanda kenangan ?✨
Terima kasih atas jemputan! ?
#JBSNSelangor
#ParaSUKMASarawak2024
#VamooseSelangor

- JBS Selangor
- Hits: 180