SELANGOR REBUT GELARAN JUARA

SELANGOR REBUT GELARAN JUARA

SELANGOR REBUT GELARAN JUARA 🏆✨

🗓️ 8 Februari 2025 (Sabtu)
📍 KOMBES Negeri Selangor

Kelab Kebajikan Keluarga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (Team JBS Selangor) telah menganjurkan Karnival Sukan Muhibbah Enam Penjuru (SUKMEP) Tahun 2025 dengan penyertaan daripada Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Perak dan Selangor selaku tuan rumah. Objektif pelaksanaan SUKMEP ini adalah untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan pegawai dan kepimpinan melalui sukan 😎

Majlis Penyampaian Hadiah SUKMEP telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Azli bin Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam dan diiringi oleh Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah JBSN Selangor serta barisan Pengarah dan YDP Kelab daripada Negeri jemputan 🙌

Sebanyak tujuh (7) acara dipertandingan dan berikut merupakan kedudukan yang dimenangi oleh Team JBS Selangor;
- Futsal Lelaki 🥉 
- ⁠Futsal Wanita 🥇 
- ⁠Karom 🥇
- ⁠Pickleball 🥉 
- ⁠Ping Pong 🥇
- ⁠Olahraga 🥇
- ⁠Tarik Tali 🥇

Tahniah Selangor! Perjuangan diteruskan pada edisi akan datang 🫡

#JBSNSelangor
#RakanAktif
#YakinBoleh
#MalaysiaMADANI
#TeamJBSSelangor
#SUKMEP2025

Image
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231

jbsselangor@gmail.com
http://www.jbsn.gov.my/jbs-selangor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search