SELANGOR HADIR KE PERSIDANGAN KECERGASAN EKSEKUTIF BELIA & SUKAN

SELANGOR HADIR KE PERSIDANGAN KECERGASAN EKSEKUTIF BELIA & SUKAN

SELANGOR HADIR KE PERSIDANGAN KECERGASAN EKSEKUTIF BELIA & SUKAN 🔥⚡️

🗓️ 5 hingga 6 Mei 2025
📍 Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras

Turut hadir Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor bersama Puan Norazreen binti Sulaiman, Timbalan Pengarah JBSN Selangor, Cik Artika binti Rozilan, Penolong Pengarah JBSN Selangor dan barisan pegawai yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan & Profesional serta Sokongan JBSN Selangor. Persidangan ini mengumpulkan pegawai dan kakitangan Skim Perkhidmatan Belia dan Sukan pelbagai latar belakang rentas agensi termasuklah di peringkat ibu pejabat, negeri dan daerah 🇲🇾

Antara pengisian lain persidangan termasuklah sesi perkongsian berkaitan pembangunan belia dan sukan, sembang santai bersama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KBS serta Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pegawai Perkhidmatan Belia dan Sukan (MYSO) dan Kesatuan Penolong Pegawai dan Pembantu Belia dan Sukan Semenanjung Malaysia (KPPPBSSM) 💪

Yang Berusaha Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) hadir menyempurnakan perasmian Persidangan Kecergasan Eksekutif Belia dan Sukan.

Manakala Yang Berhormat Tuan Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, pula telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Penggalakan Sukan Untuk Semua: Persidangan Kecergasan Eksekutif Belia dan Sukan.

#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI

Image
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231

jbsselangor@gmail.com
http://www.jbsn.gov.my/jbs-selangor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search