SAMBUTAN HBN2025 PERINGKAT NEGERI SELANGOR MELABUHKAN TIRAI

SAMBUTAN HBN2025 PERINGKAT NEGERI SELANGOR MELABUHKAN TIRAI

SAMBUTAN HBN2025 PERINGKAT NEGERI SELANGOR MELABUHKAN TIRAI πŸ”₯⚑

πŸ—“ 17 - 18 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
πŸ“ KSL Esplanade Mall, Klang

Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Selangor 2025 disambut meriah dengan 13 segmen dan pavilion penuh aksi, inspirasi serta hiburan iaitu Port Seni, Port Healing, Port Gaming, Fit Selangor, Pavilion MBS, Port FYP, Port Transisi Belia, Port Makan-makan, Port Gaya & Trend, Jentera Anak Muda, Port Jana Duit, Pavilion Rakan Muda, Talking Asean 😎

Majlis Perasmian Penutup Sambutan Hari Belia Negara 2025 Peringkat Negeri Selangor telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Jamaliah binti Jamaluddin, EXCO Kesihatan Awam & Alam Sekitar mewakili Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Selangor sekaligus menyempurnakan penyampaian hadiah bagi Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Selangor Tahun 2025 πŸ†

Program 2 hari bermula 17 hingga 18 Mei ini telah diadakan di KSL Esplanade Mall, Klang dan turut digegarkan dengan pelbagai reruai jualan dan pameran agensi, NGO serta rakan strategik sambutan 🀝

Hadir sama memeriahkan program Yang Berbahagia Dato’ Yazid bin Sairi, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Kerajaan Negeri Selangor, Yang Berusaha Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abd. Hamid bin Hussain, Datuk Bandar Majlis Bandaraya DiRaja Klang, Yang Berusaha Tuan Amri bin Ismail, Pegawai Daerah & Tanah Klang, Yang Berbahagia Dato’ Mohd Imran bin Tamrin, Presiden Majlis Belia Negeri Selangor dan Yang Berusaha Encik Mohamad Nizam bin Marjugi, Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor ✨

Tahniah Belia Selangor! β€πŸ’›

#JBNSSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#YakinBoleh
#BeliaSelangor

Image
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231

jbsselangor@gmail.com
http://www.jbsn.gov.my/jbs-selangor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright Β© 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search