
- JBS Selangor
- Hits: 34
MESYUARAT KAMPUNG ANGKAT MADANI (KAM) - SUNGAI LUI
- JBS Selangor
- Hits: 34
MESYUARAT KAMPUNG ANGKAT MADANI (KAM) - SUNGAI LUI 💫
🗓️ 28 Ogos 2025 (Khamis)
📍 Kompleks Pentadbiran Daerah Hulu Langat
Kehadiran Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengarah JBSN Selangor disambut oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah (CADO) Pembangunan, Encik Afkhar Razi bin Mohamed @ Ariffin 🙌
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan tentang penyelarasan pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI KBS di daerah Hulu Langat. Mesyuarat ini menjadi wadah penting bagi menyelaras peranan pelbagai pihak dalam memastikan kejayaan program berimpak tinggi tersebut.
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah SUB Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik KBS, Encik Jeffery bin Yon; SUB Bahagian Pembangunan KBS, Encik Amir Hamzah bin Awang Ghazali; Ketua Unit Pembangunan JBS, Encik Jasalilawadi bin Jahi; serta wakil Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
Mesyuarat ini diharap dapat memperkukuh hubungan strategik antara JBSN Selangor, KBS, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, serta pihak berkuasa tempatan MPKj dalam menjayakan agenda pembangunan belia dan masyarakat di daerah ini.
#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI