
- JBS Selangor
- Hits: 24
KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG FASA 2 2025 BAGI DAERAH KLANG (Kategori Kanak-Kanak daripada Golongan Keluarga B40)
- JBS Selangor
- Hits: 24
💦💦 KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG FASA 2 2025 BAGI DAERAH KLANG 🏊(Kategori Kanak-Kanak daripada Golongan Keluarga B40)
Telah bermula Program KLAS Renang Fasa 2 2025 bagi Negeri Selangor dibawah kendalian Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang bertempat di Kolam Renang LA Swimming Center, Klang.
KLAS Renang ini akan dilaksanakan sebanyak 6 sesi latihan bermula 3 September 2025 dan dijadualkan berakhir 12 September 2025 melibatkan penyertaan seramai 40 orang peserta kanak-kanak berumur antara 6 hingga 12 tahun. Pelaksanaan program ini adalah dengan kerjasama Persatuan Renang Para Negeri Selangor dan Pengurusan LA Swimming Center.
Diharapkan para peserta dapat mengaplikasikan objektif berikut:
✅ Pendedahan kepada teknik asas berenang yang betul dan selamat
✅ Membina keyakinan di dalam air (water confidence)
✅ Membudayakan gaya hidup sihat dan aktif menerusi aktiviti berenang.
#JBSNegara
#JBSNSelangor
#MalaysiaMadani
#KLASRenang2025Selangor