MAJLIS AMANAT PENGARAH SEMPENA KEJOHANAN LiSOKU & LSK PERINGKAT KEBANGSAAN

MAJLIS AMANAT PENGARAH SEMPENA KEJOHANAN LiSOKU & LSK PERINGKAT KEBANGSAAN

MAJLIS AMANAT PENGARAH SEMPENA KEJOHANAN LiSOKU & LSK PERINGKAT KEBANGSAAN

Kontinjen LiSOKU & LSK Negeri Selangor telah menerima suntikan semangat dan kata-kata azimat daripada Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor semasa Majlis Amanat dan Penyerahan Bendera Kontinjen pada 18 September 2025 (Khamis). Turut hadir Encik Jasalilawadi bin Jahi, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor selaku Ketua Kontinjen dan Puan Norazreen binti Sulaiman, Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.

Tiga (3) acara utama bagi Kejohanan LiSOKU iaitu Bola Tampar Duduk (Lelaki & Wanita), Boling Tenpin (Lelaki & Wanita) dan Futsal (Lelaki & Wanita).

Kejohanan LiSOKU 2025 Peringkat Kebangsaan dijadualkan berlangsung dari 19 hingga 21 Oktober 2025 di Negeri Sembilan.

Manakala bagi Kejohanan LSK Peringkat Kebangsaan sebanyak 3 acara turut dipertandingkan iaitu Sepak Takraw (Lelaki), Bola Jaring (Wanita) dan Ping Pong Berpasukan (Campuran).

LSK 2025 Peringkat Kebangsaan dijadualkan pada 25 hingga 28 Oktober 2025 di UNITEN, Bangi.

#JBSNSelangor 
#JBSNKomited 
#MalaysiaMadani 
#lisoku2025 
#LSK2025
#roadtoHSN

Image
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231

jbsselangor@gmail.com
http://www.jbsn.gov.my/jbs-selangor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search