🗓️ 5 September 2025 (Jumaat) ⏰ 4.00 petang 📍 Dataran Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat
Ingin mengetahui bagaimana untuk meningkatkan pendapatan perniagaan melalui pendigitalan?
Temui Coach Zul 😲 yang akan berkongsi idea dan buah fikiran dengan anda di slot suara genta PROGRAM GENTA BELIA SEMPENA FESTIVAL SELANGOR @ BATU LAUT 2025.
🇲🇾 SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2025 & HARI KESEJAHTERAAN KOMUNITI 🇲🇾
Butiran program adalah seperti berikut: 🗓 6 September 2025 (Sabtu) ⏰ 8.00 pagi - 1.00 petang 📍 Dewan Blok D, Taman Putra Damai Lembah Subang
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda sekeluarga!
🎯 Pertandingan Permainan Tradisional 🎨 Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak 🎭 Pertandingan Pakaian Ragam 🎤 Slot Kenegaraan 🎁 Cabutan Hadiah 🍔 Kupon Makanan Percuma
“Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada teladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang mengharap Allah dan hari akhir serta banyak berzikir kepada Allah” (Surah Al-Ahzab, ayat 21).
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
💦💦 KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG FASA 2 2025 BAGI DAERAH KLANG 🏊(Kategori Kanak-Kanak daripada Golongan Keluarga B40)
Telah bermula Program KLAS Renang Fasa 2 2025 bagi Negeri Selangor dibawah kendalian Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang bertempat di Kolam Renang LA Swimming Center, Klang.
KLAS Renang ini akan dilaksanakan sebanyak 6 sesi latihan bermula 3 September 2025 dan dijadualkan berakhir 12 September 2025 melibatkan penyertaan seramai 40 orang peserta kanak-kanak berumur antara 6 hingga 12 tahun. Pelaksanaan program ini adalah dengan kerjasama Persatuan Renang Para Negeri Selangor dan Pengurusan LA Swimming Center.
Diharapkan para peserta dapat mengaplikasikan objektif berikut: ✅ Pendedahan kepada teknik asas berenang yang betul dan selamat ✅ Membina keyakinan di dalam air (water confidence) ✅ Membudayakan gaya hidup sihat dan aktif menerusi aktiviti berenang.
MESYUARAT PENILAIAN JURI PERTANDINGAN BIGGEST LOSER KBS 2025 PERINGKAT NEGERI SELANGOR 🔥💫
🗓️ 3 September 2025 (Rabu) 📍 Bilik Mesyuarat JBSN Selangor
Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengarah JBSN Selangor telah mempengerusikan mesyuarat penilaian juri bagi penentuan pemenang Pertandingan Biggest loser KBS 2025 Peringkat Negeri Selangor.
Juri yang dilantik melibatkan Pegawai daripada Institut Sukan Negara (ISN), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Presiden Kelab Sukan Kecergasan Absolute Wellness
Sesi Penyampaian Hadiah kepada yang berjaya meraih gelaran sebagai pemenang akan berlangsung pada 20 September 2025 sempena Karnival 🏃🏻♀️🏋🏻Malaysia Aktif Peringkat Negeri Selangor 2025 bertempat di📍Taman Tasik Cyberjaya
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN 💫
🗓️ 28 Ogos 2025 (Khamis) 📍 Bilik Mesyuarat JBSN Selangor
Puan Norazreen binti Sulaiman, Timbalan Pengarah JBSN Selangor telah mempengerusikan mesyuarat penyelarasan berkaitan Program Kem Belia @ Rakan Prihatin yang akan diadakan bermula bulan Ogos hingga Oktober 2025 di peringkat daerah.
Rakan strategik utama bagi pelaksanaan program tersebut terdiri daripada Jabatan Pendidikan Negeri, Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan, Cawangan E8 PDRM dan AADK Negeri Selangor turut dijemput hadir ke mesyuarat.
Program ini merupakan salah satu inisiatif KBS dalam membantu mengurangkan keterlibatan belia terhadap isu permasalahan sosial di negara ini 💪
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231