- JBS Selangor
- Hits: 3
PROGRAM PENGURUSAN ORGANISASI (PPO) PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2025
- JBS Selangor
- Hits: 3
PROGRAM PENGURUSAN ORGANISASI (PPO) PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2025
🗓️ 24 hingga 26 Oktober 2025
📍 Nomad Adventure Camp, Gopeng
Telah berlangsung Program Pengurusan Organisasi (PPO) selama 3 hari 2 malam di sini. Program ini melibatkan pemimpin/ jawatankuasa pertubuhan belia peringkat Negeri dan Daerah, Sekretariat IPT serta Majlis Perwakilan Pelajar. Peserta telah melalui Modul seperti pengurusan organisasi berkesan, komunikasi dua hala, kepimpinan strategik, penyelesaian konflik, pengurusan kewangan serta Explorace.
Objektif program ini adalah untuk membangun dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran kepimpinan belia dalam pengurusan organisasi melalui latihan dan pengalaman praktikal.
Yang Berbahagia Dato’ Mohd Imran bin Tamrin, Presiden Majlis Belia Negeri Selangor telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program PPO Negeri Selangor 2025. Turut hadir Puan Norazreen binti Sulaiman, mewakili Pengarah JBSN Selangor.
Program ini bukan sahaja memberi pengetahuan dan kemahiran praktikal, tetapi juga memperkukuhkan nilai etika dan profesionalisma dalam kalangan belia.
#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiMADANI
#PPOSelangor
