KARNIVAL SUKAN KOMUNITI LUAR BANDAR & ORANG ASLI PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2025

KARNIVAL SUKAN KOMUNITI LUAR BANDAR & ORANG ASLI PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2025

🗓️ 26 Oktober 2025 (Ahad)
📍 Felda Soeharto, Hulu Selangor

Karnival Sukan Komuniti Luar Bandar dan Orang Asli Peringkat Negeri Selangor 2025 yang berlangsung di Dataran & Padang Awam Felda Soeharto telah berjaya menghimpunkan pelbagai lapisan komuniti setempat dan Orang Asli melalui aktiviti sukan massa yang penuh meriah dan semangat kesukanan.

Sebanyak 10 jenis acara sukan massa dipertandingkan antaranya Sepak Raga Bulatan, Batu Seremban, Congkak Mewarna Kanak-kanak, Sepak Penalti, Netball Sharp Shooter, Tarik Tali, Menyumpit, Sepak Takraw dan Memanah.

Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor ini mendapat kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Selangor, Felda Soeharto, Felda Sungai Tengi, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Hulu Selangor dan Majlis Belia Felda Malaysia. Pelaksanaan turut dibantu oleh pelbagai agensi kerajaan tempatan dan NGO setempat.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.

Turut hadir Encik Jasalilawadi bin Jahi, Penolong Pengarah Kanan JBSN Selangor, Encik Azri A/L Satun, Pegawai JAKOA Daerah Hulu Selangor, Encik Muhammad Sarih bin Amat, Penghulu Mukim Hulu Bernam Utara, Encik Amiruddin bin Abu Kassim, Pengurus FELDA Gedangsa dan Encik Abdul Hatta bin Mohd Nawi, Pengurus FELDA Soeharto.

Program yang dimulai dengan aktiviti senamrobik ini turut diwarnai dengan pelbagai aktiviti sampingan seperti pameran dan jualan. Program ini telah menjadi jambatan penghubung antara komuniti luar bandar dan Orang Asli dengan pelbagai agensi kerajaan.

#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#MalaysiaAktif

Image
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231

jbsselangor@gmail.com
http://www.jbsn.gov.my/jbs-selangor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search