PERTANDINGAN FOOTGOLF SEMPENA KARNIV SUKAN KOMUNITI KBS

PERTANDINGAN FOOTGOLF SEMPENA KARNIV SUKAN KOMUNITI KBS

🗓️ 1 November 2025 (Sabtu)
📍 Kelab Golf Pulau Carey

JBSN Selangor telah menghantar dua (2) pasukan dalam pertandingan footgolf sempena Karnival Sukan Komuniti Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Kejohanan yang buat julung kalinya diadakan dan menghimpunkan warga KBS dari pelbagai skim dan jabatan, telah mendapat sambutan dengan 13 pasukan telah menyertai pertandingan tersebut. 

Pasukan JBSN Selangor All Star telah berjaya menduduki tempat ketiga apabila pasukan yang diketuai oleh Muhammad Rozaimi, Mohd Safree, Juwaidi dan As Shahir mengumpul 320 skor.

Pasukan JBSN Selangor juga turut berbangga apabila Best Individual Score menjadi milik Muhammad Rozaimi (66). Azlan Sap turut mencuri perhatian dengan membuat sepakan Hole in One di lubang ke 10.

JBSN Kedah telah mengungguli kejohanan manakala KBS Team E menduduki tempat kedua. Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Ahmad Faedzal bin Md Ramli, SUB Antarabangsa, KBS.

#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#KarnivalSukanKomunitiKBS

Image
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231

jbsselangor@gmail.com
http://www.jbsn.gov.my/jbs-selangor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search