- JBS Selangor
- Hits: 25
KURSUS OUTREC TAHAP 1 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
- JBS Selangor
- Hits: 25
KURSUS OUTREC TAHAP 1 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
🗓️ 21 Jun 2026 (Ahad)
📍 Pulau Besar, Melaka
Kursus Outrec Tahap 1 Negeri Selangor 2026 yang berlangsung selama empat (4) hari bermula dari 18 hingga 21 Jun 2026 di Pulau Besar, Melaka telah melabuhkan tirai dengan jayanya. Kursus ini menghimpunkan 20 orang peserta daripada pelbagai latar belakang dalam usaha melahirkan penggiat rekreasi luar yang berpengetahuan, berkemahiran dan berdaya tahan.
Sepanjang kursus tersebut, para peserta telah mengikuti pelbagai modul latihan yang mencabar meliputi aspek kepimpinan, kerja berpasukan, komunikasi, pengurusan risiko, keselamatan serta pengendalian aktiviti rekreasi luar. Setiap cabaran yang dilalui bukan sahaja menguji ketahanan fizikal dan mental, malah berjaya membentuk jati diri, disiplin serta semangat kerjasama dan kebersamaan dalam kalangan peserta.
Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Tuan Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir. Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Jurulatih, Encik Hassan bin Maslan, bersama barisan jurulatih dan urus setia program.
Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua peserta atas komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung. Beliau turut berharap agar ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk memperkasa pembangunan aktiviti rekreasi luar serta melahirkan lebih ramai pemimpin belia yang berwibawa di Negeri Selangor.
Tahniah kepada semua peserta yang berjaya menamatkan Kursus Asas Rekreasi Luar (Outrec) Tahap 1 Negeri Selangor 2026. Semoga semangat, pengalaman dan ilmu yang diperoleh menjadi pemangkin dalam melahirkan generasi belia yang lebih aktif, berdaya tahan, berkemahiran dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.
#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
