JEMPUTAN KHAS PENYAMPAIAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA @KYUEM

JEMPUTAN KHAS PENYAMPAIAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA @KYUEM

🗓️ 15 Jun 2026 (Isnin)
⏰ 4.00 petang

Encik Lalkhasman bin Mohamad Nor, Pegawai Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSN Selangor hadir untuk menyempurnakan penyampaian Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Gangsa dan Perak di Kolej Yayasan UEM (KYUEM) Lembah Beringin, Hulu Selangor diiringi Encik Ian Boler, Pemimpin ARPRM KYUEM 🤝

Majlis ini merupakan satu pengiktirafan kepada pelajar yang telah berjaya menamatkan komponen ARPRM iaitu Kemahiran, Rekreasi Fizikal, Khidmat Masyarakat dan Penjelajahan Lasak selain melahirkan belia berdaya saing serta membentuk generasi belia berkepimpinan.

Tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai belia khususnya pelajar KYUEM untuk terus mencabar diri, membangunkan potensi dan menyumbang kepada masyarakat.

#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ARPRMSelangor

Image
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231

jbsselangor@gmail.com
http://www.jbsn.gov.my/jbs-selangor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 06-08-2026, 10:16:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search