BENGKEL PROFESIONALISME KERJA BELIA SIRI 3 ZON TENGAH TAHUN 2026

BENGKEL PROFESIONALISME KERJA BELIA SIRI 3 ZON TENGAH TAHUN 2026

🗓️ 26 Jun 2026 (Jumaat)
📍Batu Gajah, Perak

Seramai sembilan (9) orang pegawai daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, diketuai oleh Tuan Pengarah Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, telah menyertai Bengkel Profesionalisme Kerja Belia Siri 3 Zon Tengah Tahun 2026 yang berlangsung pada 24 hingga 26 Jun 2026 di Akademi KTM, Batu Gajah, Perak.

Profesionalisme Kerja Belia (PKB) merupakan komitmen KBS ke arah usaha memperkasakan pembangunan belia di Malaysia seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MPBM 2030).

Melalui Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang Kerja Belia, para pegawai bukan sahaja memperoleh pengiktirafan kompetensi di peringkat kebangsaan, malah diperkasakan dengan kemahiran merancang, melaksana, memantau dan menilai program pembangunan belia secara lebih sistematik, strategik dan berkesan. Pensijilan ini turut meningkatkan kredibiliti pegawai sebagai fasilitator, mentor dan pemudah cara pembangunan belia, di samping memperkukuh keupayaan mereka dalam memberikan khidmat nasihat, membimbing golongan belia serta membangunkan program yang memenuhi keperluan semasa dan aspirasi negara.

Selain menjadi pengiktirafan terhadap tahap kompetensi pegawai, SKM Tahap 3 turut membuka peluang kepada pembangunan kerjaya secara berterusan, meningkatkan kebolehpasaran serta mengangkat profesionalisme Pegawai Belia dan Sukan. Pensijilan ini juga memastikan penyampaian program pembangunan belia dilaksanakan mengikut standard kompetensi kebangsaan, sekali gus memberi impak yang lebih berkualiti, berkesan dan mampan kepada pembangunan belia di Negeri Selangor.

Penyertaan JBSN Selangor dalam bengkel ini membuktikan komitmen jabatan untuk terus melahirkan pegawai yang kompeten, profesional dan berdaya saing dalam memperkasa agenda pembangunan belia, selaras dengan hasrat Model Pembangunan Belia MADANI 2030 serta aspirasi Kementerian Belia dan Sukan.

#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI

Image
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231

jbsselangor@gmail.com
http://www.jbsn.gov.my/jbs-selangor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 06-08-2026, 10:16:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search