MAJLIS PENUTUP BENGKEL REFRESHER ARPRM SELANGOR 2026

MAJLIS PENUTUP BENGKEL REFRESHER ARPRM SELANGOR 2026

🗓️ 28 Jun 2026 (Ahad)
📍 Pusat Belia Antarabangsa (IYC) KL

Yang Berusaha Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengarah JBSN Selangor hadir menyempurnakan Majlis Penutup Bengkel Refresher Pemimpin Bertauliah Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Selangor diiringi Cik Artika binti Rozilan, Penolong Pengarah JBSN Selangor serta Encik Naresh Kumar a/l Thangayah, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara.

Bengkel ini berlangsung selama tiga (3) hari dua (2) malam iaitu bermula 26 - 28 Jun 2026 (Jumaat hingga Ahad) dengan jumlah penyertaan seramai 👥 28 orang Pemimpin Bertauliah ARPRM mewakili setiap daerah di seluruh negeri Selangor.

Terima kasih 🤝 diucapkan kepada Encik Zulkhairi bin Zainal Hashim, Ahli Jawatankuasa Operasi dan Teknikal (JKOT) ARPRM Kebangsaan kerana berkongsi ilmu dan idea serta mengendalikan modul sepanjang bengkel ini berlangsung.

Diharapkan para Pemimpin Bertauliah ARPRM Selangor kini bersedia untuk menggerakkan program dan melahirkan lebih ramai peserta yang berkualiti selaras dengan aspirasi Rakan Muda.

#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ARPRMSelangor

Image
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231

jbsselangor@gmail.com
http://www.jbsn.gov.my/jbs-selangor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 06-08-2026, 09:45:46

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search