LANGKAH BAHARU PUAN SITI SYAZWANI

LANGKAH BAHARU PUAN SITI SYAZWANI 😇

Hari ini, 🗓️ 26 Jun 2026 (Jumaat) JBSN Selangor meraikan langkah baharu Puan Siti Syazwani (Nani) yang akan mula melaporkan diri di Jabatan Insolvensi Johor Bahru pada 29 Jun 2026 (Isnin).

Terima kasih atas segala sumbangan, komitmen dan semangat kerja yang dicurahkan sepanjang berkhidmat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.

Walaupun pejabat kita berjauhan, kita tetap satu keluarga besar. Semoga urusan di tempat baru dipermudahkan, pintu rezeki terbuka luas, dan kejayaan terus mengiringi. Silaturahim kita kekal sampai bila-bila.

Pucuk paku kembang menjurai,
Tumbuh subur ditepi kali,
Ke tempat baru teruskan maju,
Moga cemerlang penuh rezeki.

Selamat maju jaya, Nani 🖤

#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI

Image
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231

jbsselangor@gmail.com
http://www.jbsn.gov.my/jbs-selangor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 06-08-2026, 10:16:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search