LABUAN, 14 JUN 2026 - Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Belia) JBSN, Dr. Zainah Shariff meluangkan masa melawat peserta program Agrobelia Lestari @ Rakan Mahir 2026 bertempat di Taman Pertanian Kilan, hari ini.
Program ini merupakan inisiatif JBSN di dalam memperkasakan pembangunan ekonomi belia merangkumi kepelbagai perspektif dan bidang termasuklah agromakanan.
Menurut Dr. Zainah, program Agrobelia Lestari @ Rakan Mahir 2026 membuka ruang kepada belia untuk meneroka peluang baharu dalam sektor agromakanan melalui pembangunan kemahiran dan keusahawanan.
"Kita mahu melahirkan generasi muda yang bukan sekadar mencari pekerjaan, tetapi mencipta peluang dan menjana pendapatan.
"Belia bukan sahaja pewaris masa depan negara malah pastinya mampu menjadi peneraju kepada keterjaminan makanan dan ekonomi negara," tambah beliau.
Inisiatif ini membuktikan bahawa sektor agromakanan bukan lagi pilihan kedua - sebaliknya platform masa depan untuk melahirkan belia yang berkemahiran, berdaya saing dan mampu mencipta peluang pekerjaan serta menjana pendapatan sendiri.
PUTRAJAYA, 15 JUN 2026 - Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah menerima kunjungan hormat daripada Encik Hasnata Hasan, Pendaftar Pertubuhan Belia bersama rombongan di pejabatnya, hari ini.
Sesi kunjungan ini antara lain juga turut membincangkan mengenai potensi kerjasama strategik di antara kedua-dua belah pihak terutamanya bagi menggalakkan anak muda untuk berpersatuan dan berorganisasi.
Menurut Puan Azura, JBSN sentiasa terbuka dan komited menjalinkan kerjasama rentas jabatan dan agensi termasuklah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia demi memperkasakan pembangunan belia dan sukan di Malaysia.
"Kerjasama di antara JBSN dan ROY akan terus diperkukuhkan menerusi penganjuran program dan aktiviti belia yang menyeluruh, inklusif dan berdaya saing," tambah beliau.
Sesi kunjung hormat turut disertai oleh TKP (Pembangunan Belia) JBSN, Dr. Zainah Shariff.
CAMERON HIGHLANDS, 14 JUN 2026 - Puan Hartini A. Jabbar, Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan Rekreasi hadir menyempurnakan Majlis Penutup “Women’s Trail Hiking” Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di Gunung Penelope, Cameron Highlands, hari ini.
Program yang berlangsung dari 13 hingga 14 Jun ini menghimpunkan wanita-wanita berhati waja menempuhi cabaran untuk menakluk Gunung Penelope yang dianjurkan dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Titiwangsa.
Menurut Puan Hartini, semangat serta daya juang yang dipamerkan para peserta sangat menakjubkan yang mana berdepan cabaran getir berdepan dengan suhu sejuk, kabus tebal, denai berliku dan sebagainya.
“KBS komited memperkasakan pembangunan sukan dalam kalangan wanita menerusi penganjuran pelbagai pengisian program dan aktiviti termasuklah daripada perspektif rekreasi,” tambah beliau.
Kesungguhan inilah membuktikan tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia!
PULAU BIDONG, 12 JUN 2026 - Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pembangunan Sukan Rekreasi JBSN, Encik Mohd Azzam Azmi hadir menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Selam Skuba (Open Water) Siri 2 Tahun 2026 bertempat di Pulau Bidong, Terengganu, hari ini.
Berlangsung bermula 9 hingga 12 Jun lepas, kursus ini mendedahkan peserta dengan pelbagai kemahiran merangkumi teori, prosedur keselamatan, penggunaan peralatan dan latihan selaman air dengan kerjasama Persatuan Sukan Selam Putrajaya (SDAP).
Menurut Encik Mohd Azzam, kursus seperti ini merupakan manifestasi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) di dalam memperkasakan pembangunan sukan merangkumi segenap dimensi dan perspektif termasuklah sukar air.
“Pemerkasaan sukan perlu dilihat daripada segenap dimensi dan perspektif termasuklah melibat sukan air yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat,” tambah beliau.
Semoga pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang diperolehi 20 orang peserta akan memangkin pembangunan sukan yang membina, utuh dan efektif.
AYER MOLEK, 13 JUN 2026 - Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari hadir ke program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 bertempat di Kampung Paya Redan, Ayer Molek, hari ini.
KIBAR merupakan inisiatif baharu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) bagi mendengar dan berinteraksi secara dua hala di antara pengurusan tertinggi KBS bersama anak muda terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Menurut YB Dr. Mohammed Taufiq, terdapat beberapa soalan dan interaksi yang benar-benar menarik perhatian beliau seperti kepentingan anak muda di dalam proses demokrasi dan kepentingan penganjuran aktiviti sukan dan rekreasi dalam kalangan golongan rentan seperti OKU.
“Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi atau KIBAR merupakan platform untuk KBS mendengar dan berinteraksi secara dua hala dengan anak muda”, tambah beliau.
Program juga diserikan dengan kehadiran Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka merangkap ADUN Rim, YB Khaidirah Abu Zahar.
Turut hadir, Pengarah Cawangan Pembangunan Kepimpinan JBSN, Puan Laila Nazura Nawi dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Encik Zailani Siran.
PUTRAJAYA, 12 JUN 2026 - Dato' Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan telah meluncurkan Pelan Profesionalisme Pegawai Belia dan Sukan di Perhimpunan Bulanan KBS bagi Bulan Jun 2026 bertempat di Menara KBS, Putrajaya, hari ini.
Pelan ini merupakan sebuah dokumen yang diterbitkan bagi memperkukuh kompetensi, memperkasa kepimpinan dan membudayakan profesionalisme dalam setiap aspek penyampaian perkhidmatan.
"Pelan ini akan menjadi rujukan warga KBS khususnya bagi Skim Perkhidmatan Belia dan Sukan dalam menjadi ejen reformasi serta pemacu perubahan organisasi ke arah yang lebih baik,” tambah beliau.
Terdahulu, Dato' Rahimi turut menyampaikan anugerah prestasi 100% pembayaran bil sempurna dalam tempoh 7 hari diperolehi oleh 22 Pusat Tanggungjawab (PTJ) termasuk 15 PTJ di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).
Perhimpunan turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah JBSN bersama pengurusan kanan KBS dan JBSN.
CHERAS, 7 JUN 2026 - Program Cabaran Keusahawanan Sosial Belia: FUSE x SERY melibatkan 12 kumpulan belia institusi pendidikan tinggi (IPT) dan bekerjaya selesai dilaksanakan di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, hari ini.
Program ini dijalankan dengan kerjasama rakan strategik iaitu myHarapan dengan tujuan mendedahkan peserta pelbagai pengetahuan mengenai keusahawanan sosial seterusnya menghasilkan projek berimpak.
Menurut Puan Fazulia Zulkifli, Pengarah Cawangan Pembangunan Ekonomi, Bahagian Pembangunan Belia, program Cabaran Keusahawanan Sosial Belia: FUSE x SERY merupakan platform untuk belia membangunkan idea, mengasah potensi dan menterjemahkan penyelesaian kepada tindakan melalui pendekatan keusahawanan sosial.
"Selain itu, program ini turut memperkasa belia untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian kepada cabaran komuniti dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat secara lebih bermakna," tambah beliau.
Terdahulu, para peserta berpeluang berkongsi pandangan, idea dan harapan bersama Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Belia) JBSN, Dr. Zainah Shariff.
PAPAR, 5 JUN 2026 - Puan Siti Amirah Amiruddin, Penolong Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan OKU JBSN hadir menyempurnakan Majlis Penutup Seminar Warga Emas Aktif Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 bertempat di Papar, Sabah bermula 3 hingga 5 Jun 2026, hari ini.
Dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Senamrobik Malaysia, seminar ini dirangka bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai kepentingan amalan gaya hidup aktif dan sihat.
Menurut Puan Siti Amirah, penganjuran seminar ini merupakan pendedahan terbaik bagi meningkatkan kesedaran mengamalkan gaya hidup aktif dalam kalangan warga emas.
"Lebih menarik, peserta juga berpeluang untuk dinilai menerusi Penilaian Ujian Keupayaan Fungsian Warga Emas (UKF-WE) yang masih berada di dalam fasa percubaan bagi mengukur tahap keupayaan fungsi fizikal," tambah beliau.
Inisiatif ini merupakan usaha intervensi berkesan seiring menjelangnya status Malaysia sebagai “negara menua” pada tahun 2030.
SUNGAI PETANI, 7 JUN 2026 - YAB Dato’ Seri Diraja Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia hari ini telah menyempurnakan perasmian Himpunan Rakan Muda MADANI yang berlangsung di Padang Awam Taman Keladi, Sungai Petani, Kedah.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Seri Haji Shamsul Azri Abu Bakar; Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dato’ Rahimi Ismail; Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Puan Azura Abidin, barisan kepimpinan kerajaan, pemimpin belia serta masyarakat setempat.
Penganjuran program ini merupakan kesinambungan kepada peluncuran inisiatif Rakan Muda MADANI yang telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 pada 15 Mei 2026 di Sendayan, Negeri Sembilan.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasa potensi belia melalui penglibatan aktif dalam pembangunan komuniti, pembentukan sahsiah serta pengukuhan nilai-nilai kenegaraan.
Himpunan Rakan Muda MADANI menghimpunkan penyertaan anak muda melalui pelbagai aktiviti berteraskan 10 gaya hidup Rakan Muda. Antara pengisian yang disediakan termasuklah Senamrobik dan Berjalan Ria MADANI, Cabaran Sukan Elektronik, Perkhidmatan Potong Rambut dan Penukaran Minyak Hitam Percuma, Program Penukaran Al-Quran Percuma, Persembahan Waja Diri, Podcast Belia Santai serta pelbagai aktiviti interaktif yang memberi manfaat secara langsung kepada golongan belia dan komuniti setempat.
Dalam majlis yang sama, YAB Perdana Menteri turut menyampaikan cek cura Geran SejaTi MADANI X Belia berjumlah RM100,000.00 kepada enam (6) pertubuhan belia di Negeri Kedah, iaitu Majlis Belia Daerah Pendang, Kelab Belia Inspirasi Generasi Z Kota Setar, Persatuan Belia Nelayan Pengkalan Desa Kisap, Persatuan Belia Muafakat Batu Gajah, Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Langkawi dan Pertubuhan Belia Al-Taqwa Kampung Kasap.
Selain itu, Kelab Belia Bandar Kota Setar menerima peruntukan berjumlah RM96,504.00, serta Kelab Rakan Muda Parlimen Pendang menerima peruntukan sebanyak RM20,000.00 di bawah inisiatif Agrobelia Lestari @ Rakan Mahir.
Penyaluran bantuan ini membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasa pertubuhan belia sebagai rakan strategik pembangunan komuniti serta menggalakkan pelaksanaan program berimpak tinggi yang mampu meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan menjana pembangunan sosioekonomi di peringkat akar umbi.
Aras 14, Menara KBS Kementerian Belia dan Sukan No 27, Persiaran Perdana, Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya