
PUTRAJAYA, 15 JUN 2026 - Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah menerima kunjungan hormat daripada Encik Hasnata Hasan, Pendaftar Pertubuhan Belia bersama rombongan di pejabatnya, hari ini.
Sesi kunjungan ini antara lain juga turut membincangkan mengenai potensi kerjasama strategik di antara kedua-dua belah pihak terutamanya bagi menggalakkan anak muda untuk berpersatuan dan berorganisasi.
Menurut Puan Azura, JBSN sentiasa terbuka dan komited menjalinkan kerjasama rentas jabatan dan agensi termasuklah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia demi memperkasakan pembangunan belia dan sukan di Malaysia.
"Kerjasama di antara JBSN dan ROY akan terus diperkukuhkan menerusi penganjuran program dan aktiviti belia yang menyeluruh, inklusif dan berdaya saing," tambah beliau.
Sesi kunjung hormat turut disertai oleh TKP (Pembangunan Belia) JBSN, Dr. Zainah Shariff.
Ditulis oleh: Media JBSN
