- JBSN
- Hits: 17
ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA: PENGIKTIRAFAN TERHADAP PERANAN DAN SUMBANGAN BELIA MALAYSIA

PUTRAJAYA, 14 SEPTEMBER 2026 - YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan telah hadir menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 bertempat di The Everly Putrajaya, hari ini.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan; YBhg. Datoβ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan YBrs. Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).Β
APBN pada tahun ini mempertandingkan empat kategori anugerah utama dan satu kategori anugerah khas. Bagi kategori anugerah utama, proses pencalonan di peringkat negeri telah bermula pada bulan Jun 2026, dengan pemenang di setiap negeri seterusnya dicalonkan untuk bertanding di peringkat kebangsaan.
Setiap penerima anugerah akan menerima hadiah berupa wang tunai, trofi, cek cura dan sijil sebagai tanda pengiktirafan atas pencapaian serta sumbangan yang telah diberikan.Β
Pemenang APBN Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 telah dipilih oleh panel penilai yang mempunyai kepakaran dalam kategori masing-masing sebelum dikemukakan untuk pertimbangan dan pengesahan Jawatankuasa Pengesahan Pemenang APBN.
Pelaksanaan APBN diharapkan terus menjadi pemangkin kepada para pemenang dan golongan belia untuk memperluas sumbangan serta penglibatan aktif dalam agenda pemerkasaan dan pembangunan belia di semua peringkat, di samping mendorong mereka untuk terus mencipta kejayaan dan impak yang lebih besar pada masa hadapan.
Usaha ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, Dasar Belia Malaysia, Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MPBM2030) dan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Malaysia 2035 (Pelan Tindakan PBM 2035).
Ditulis oleh: Media JBSN
Senarai Pemenang dan Penerima ππ»
π Kategori Pertubuhan Belia
π₯ Angkatan Belia Islam Malaysia Daerah Bangi
π₯ Persatuan Belia Dinamik Barat
π₯ Persatuan Belia (MBFM) FELDA Jerangau
π Kategori Individu Lelaki
π₯ Zairin Adam Abdul AzizΒ
π₯ Sharran Loganadzan
π₯ Hemanath R Siyamalaruban
π Kategori Individu Wanita
π₯ Shameera Nasreen Ahamed Noordeen
π₯ Nur Yasmin Mohd Yasir
π₯ Nurul Syazwani Muhamed Zabidi
π Kategori Emas Remaja Perdana
ποΈ Esther Ezhilnanggai
π Kategori Anugerah Khas YB Menteri Belia dan Sukan
ποΈ Ahmad Nor Iman Aliff Rakib
- JBSN
- Hits: 17
