JBSN ADALAH JABATAN YANG PENTING BAGI MEMASTIKAN KEBERHASILAN PROGRAM!


    CYBERJAYA, 19 JUN 2026 - YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan meluangkan masa hadir ke Sesi Interaksi Strategik bersama Pengarah-pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri bertempat di salah sebuah lokasi di Cyberjaya, hari ini.

    Sesi ini diadakan bagi tujuan interaksi secara terus di antara kepimpinan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) terutamanya di peringkat negeri.

    Menurut Dr. Mohammed Taufiq, JBSN sebenarnya adalah antara jabatan yang sangat penting untuk memastikan pelaksanaan program di peringkat kementerian betul-betul berhasil.

    "KBS sentiasa menekankan kepentingan memperkukuh penglibatan belia dalam pembangunan negara, khususnya dalam aspek kepimpinan, keusahawanan dan pembangunan kemahiran bagi melahirkan generasi muda yang berdaya saing serta bersedia menghadapi cabaran masa depan," tambah beliau.

    Turut hadir, Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS; Encik Abdullah Hasan, TKSU (Pengurusan) KBS; Puan Chan Hong Jin, TKSU (Strategik) KBS dan Ketua Pengarah JBSN, Puan Azura Abidin.

    Ditulis oleh: Media JBSN


    Image

    Aras 14, Menara KBS
    Kementerian Belia dan Sukan
    No 27, Persiaran Perdana, Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Pautan Dalaman

    Pautan Luar

    Kemaskini Terakhir: 23-06-2026, 15:54:40

    Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS

    Design & Development By JoomShaper

    Search