PUTRAJAYA, 2025 — Inisiatif kecergasan mingguan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) diteruskan minggu ini menerusi aktiviti Aero Dance yang diadakan di Dewan Podium, Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Program Sukan Selasa ini terbuka kepada orang awam secara percuma, dengan fokus untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti khususnya di sekitar Putrajaya. Aktiviti ini dijalankan setiap minggu dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat.
JBSN terus komited dalam usaha merakyatkan sukan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, melalui pendekatan inklusif dan menyeronokkan kepada aktiviti fizikal.
Orang ramai dijemput untuk menyertai sesi seterusnya dan bersama-sama menjayakan agenda kesihatan awam melalui sukan rekreasi.
Kuala Lumpur, 22 Mac 2025 – Seramai lebih 80 anak-anak yatim dan asnaf dari Kompleks Darul Kifayah serta belia dari PPR Cempaka telah diraikan dalam program Jelajah Rakan Muda: Ihya' Ramadan Rakan Muda @ Zoo Negara yang berlangsung kelmarin.
Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) ini turut mendapat kerjasama erat serta tajaan daripada Decathlon Malaysia dan Zoo Negara, menjadikannya satu acara yang penuh makna dalam menyemarakkan semangat Ramadan.
Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan bagi peserta, antaranya sesi interaktif di Decathlon Kuala Lumpur City Centre (KLCC), sesi jalan santai serta pertunjukan haiwan di Zoo Negara, selain pengalaman istimewa di Decathlon Playzone. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja memberikan pengalaman baharu buat mereka tetapi juga memberi peluang untuk menimba ilmu dalam suasana yang menyeronokkan.
Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran YBhg. Dato' Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS, YBrs. Pn. Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara serta Pn. Jiao Li, Ketua Pegawai Eksekutif Decathlon Malaysia. Kehadiran mereka menzahirkan sokongan terhadap inisiatif yang memberi manfaat kepada golongan muda serta komuniti yang memerlukan.
Sebagai penutup program, majlis berbuka puasa dan serahan barang sumbangan telah diadakan. Upacara ini telah disempurnakan oleh YBrs. En. Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Timbalan Ketua Pengarah (Rakan Muda) JBSN serta YBhg. Datuk Rosly @ Rahmat Ahmat Lana, Timbalan Presiden Zoo Negara Malaysia.
Program seperti ini mencerminkan komitmen KBS dan JBSN dalam membangunkan generasi muda yang lebih berdaya maju serta berjiwa prihatin. Semangat "Yakin Boleh, Rakan Muda!" terus ditiupkan dalam usaha memperkasakan belia Malaysia.
Kuala Lumpur, 20 Mac 2025 – Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Kebangsaan telah melabuhkan tirainya dengan majlis penutup yang berlangsung dengan penuh meriah di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras.
Majlis penutup ini telah disempurnakan oleh YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, sebagai simbolik kepada kejayaan penganjuran program yang memberi manfaat besar kepada golongan belia sepanjang bulan Ramadan.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBrs. Pn. Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS dan YBrs. Pn. Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), yang turut memberikan sokongan penuh kepada program ini.
Majlis ini juga menyaksikan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan hafazan, bercerita, nasyid serta azan dan iqamah. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan bakat dan kesungguhan mereka sepanjang pertandingan ini berlangsung.
Inisiatif Rakan Muda tidak terhenti setakat ini, lebih banyak lagi program serta aktiviti menarik bakal menanti para belia di seluruh negara. Teruskan setia bersama Rakan Muda dalam usaha membina generasi belia yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.
Putrajaya, 20 Mac 2025 – Majlis Perasmian Pertandingan Biggest Loser Peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang. Acara ini telah disempurnakan oleh YBrs. Pn. Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), sebagai tanda permulaan program kesihatan yang inovatif dan penuh inspirasi.
Pertandingan ini merupakan satu inisiatif hasil cetusan idea YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, dengan matlamat untuk melahirkan pekerja yang lebih sihat dan aktif, sekaligus meningkatkan produktiviti di tempat kerja. Program ini bukan sekadar pertandingan, malah berfungsi sebagai medium pendidikan kepada warga KBS dalam mengamalkan gaya hidup sihat serta pemakanan yang seimbang dalam kehidupan seharian.
Sebanyak 164 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan KBS telah menyahut cabaran untuk menyertai pertandingan ini. Mereka akan melalui pelbagai aktiviti dan sesi bimbingan sepanjang tempoh program yang dijadualkan tamat pada 31 Ogos 2025.
Turut hadir dalam majlis perasmian ini ialah En. Abd Aziz Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Sukan) JBSN, yang turut memberikan sokongan penuh kepada inisiatif ini.
Dengan komitmen tinggi JBSN dalam mempromosikan gaya hidup sihat, pertandingan ini diharapkan dapat memberi impak positif kepada semua peserta serta menjadi inspirasi kepada warga kerja yang lain untuk turut serta dalam mengamalkan kehidupan yang lebih sihat dan aktif.
Putrajaya, !9 Mac 2025 – YBrs. Pn. Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) menerima kunjungan hormat delegasi Junior Chamber International (JCI) Malaysia di Menara KBS, Putrajaya.
Pertemuan ini menjadi platform penting bagi kedua-dua pihak untuk berkongsi idea dan cadangan yang dapat memperkasakan pertubuhan belia di Malaysia. Perbincangan yang diadakan turut menjurus kepada usaha memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik dalam melaksanakan program pembangunan belia.
JBSN sentiasa komited dalam menyokong inisiatif serta usaha mana-mana pihak yang berorientasikan agenda pembangunan belia, termasuk program Rakan Muda yang menjadi teras dalam membentuk generasi belia berdaya saing dan progresif.
Turut hadir dalam pertemuan ini adalah En. Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Timbalan Ketua Pengarah (Rakan Muda) JBSN serta Pn. Laila Nazura binti Nawi, Pengarah Cawangan Pembangunan Kepimpinan, Bahagian Pembangunan Belia JBSN. Kehadiran mereka mengukuhkan lagi komitmen JBSN dalam memperjuangkan kepentingan belia di negara ini.
JBSN akan terus memainkan peranan utama dalam memperkasa belia ke arah Malaysia MADANI yang lebih dinamik dan inklusif.
Putrajaya, 12 Mac 2025 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini menyemarakkan sambutan Ramadan dengan penganjuran Pelancaran Program Rakan Muda Ramadan serta Majlis Berbuka Puasa Peringkat KBS.
Acara bermula seawal pagi dengan aktiviti merewang bagi menyediakan bubur lambuk, mengeratkan semangat gotong-royong dalam kalangan warga KBS.
Majlis turut menyaksikan Pelancaran Program Rakan Muda Ramadan oleh YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Program ini merupakan salah satu inisiatif ikonik yang dirangka khusus bagi golongan belia sepanjang bulan Ramadan.
Kemuncak program ini akan berlangsung di peringkat kebangsaan pada 20 Mac 2025 di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras, dengan pelbagai aktiviti menarik serta pertandingan bagi menggalakkan penyertaan belia.
Majlis Berbuka Puasa KBS turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, yang meluangkan masa beramah mesra bersama tetamu. Turut hadir ialah YBhg. Dato' Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS, serta YBrs. Pn. Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).
Dengan semangat Ramadan, JBSN terus komited dalam membangunkan belia ke arah kecemerlangan!
12 Mac 2025 | Putrajaya - Kunjungan hormat delegasi Selangor Youth Community (SAY) ke atas KP JBSN. Pertemuan ini dijadikan ruang kedua-dua pihak berkongsi idea serta bertukar pandangan terkait pembangunan belia dan sukan
Turut dibincangkan potensi kerjasama yang boleh disemai antara JBSN dan SAY terutama bagi program-program belia dan Rakan Muda bersempena Kepengerusian ASEAN - Malaysia 2025.
Turut hadir, YBrs. Dr. Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah (Belia) JBSN, En. Abd Aziz bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Sukan) JBSN serta En. Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Timbalan Ketua Pengarah (Rakan Muda) JBSN
5 Mac 2025 | Putrajaya : Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah menerima kunjungan delegasi Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) di Menara KBS, Putrajaya. Sesi ini dimanfaatkan sebagai platform perkongsian dan perbincangan inisiatif belia dan sukan yang dilaksanakan oleh kedua-dua pihak tertumpu kepada pelaksanaan di Pulau Pinang . Taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah (Belia) JBSN, En. Abd Aziz bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Sukan) JBSN serta En. Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Timbalan Ketua Pengarah (Rakan Muda) JBSN
Delegasi turut dibawa melawat ke Gimnasium Rakyat, Menara KBS sebelum melakukan kunjungan hormat kepada Ketua Setiausaha KBS
28 Februari 2025 | Putrajaya - Telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) bagi Bulan Februari 2025. Majlis yang disempurnakan oleh YBrs. Pn. Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara ini telah diadakan secara hibrid dan disertai seluruh warga JBSN termasuklah di peringkat negeri dan daerah. Turut hadir ke majlis berkenaan, En. Abd Aziz bin Abd Rahman , TKP (Pembangunan Sukan) JBSN, En. Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, TKP (Rakan Muda), JBSN serta En. Aszhary bin Mohamad, Pengarah Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan Sokongan JBSN.
Aras 14, Menara KBS Kementerian Belia dan Sukan No 27, Persiaran Perdana, Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya