Lawat Kompleks Sukan Padang Sintetik Gerik


    Gerik, Perak |  Jun 2025
    – YBrs. Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) meneruskan rangka lawatan kerja rasmi beliau ke Negeri Perak dengan mengadakan pertemuan bersama warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Perak (Gerik) yang berlangsung di Kompleks Sukan Padang Sintetik, Gerik.

    Sesi pertemuan ini menjadi platform strategik bagi membincangkan pelaksanaan program serta isu-isu semasa berkaitan pengoperasian pejabat daerah dalam usaha memperkasa peranan belia di peringkat akar umbi. Puan Azura turut mengambil peluang untuk berkongsi hala tuju semasa JBSN serta memberi penekanan terhadap peningkatan kualiti perkhidmatan dan keberkesanan pelaksanaan program-program belia dan sukan di peringkat daerah.

    Dalam lawatan tersebut, Ketua Pengarah JBSN turut meninjau fasiliti yang terdapat di kompleks berkenaan, termasuk kemudahan sukan yang menjadi pusat tumpuan aktiviti pembangunan belia setempat. Pemeriksaan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan jabatan dalam memastikan setiap fasiliti kerajaan berada dalam keadaan optimum bagi menjayakan program-program pembangunan modal insan belia.

    Selain sesi bersama pegawai daerah, YBrs. Puan Azura turut berkesempatan mengadakan sesi ramah mesra bersama barisan kepimpinan Majlis Belia Daerah Gerik dan Lenggong, selaku pemegang taruh utama dalam agenda pemerkasaan belia setempat. Pertemuan ini membuka ruang dialog terbuka untuk membincangkan potensi kerjasama, sokongan program serta cabaran yang dihadapi oleh gerakan belia di peringkat akar umbi.

    Turut hadir dalam sesi lawatan ini ialah Pn. Azlina binti Mohd Adnan, Penolong Pengarah (Rakan Muda), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak yang turut berkongsi perkembangan semasa inisiatif Rakan Muda dan sokongan jabatan terhadap penglibatan aktif belia tempatan.

    Lawatan kerja ini bukan sahaja mencerminkan komitmen tinggi pihak JBSN dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam kepada golongan belia, malah memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi kerajaan dan pertubuhan belia di peringkat daerah.

    Image

    Aras 14, Menara KBS
    Kementerian Belia dan Sukan
    No 27, Persiaran Perdana, Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Pautan Dalaman

    Pautan Luar

    Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

    Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS

    Design & Development By JoomShaper

    Search