Kunjung Hormat KP JBSN ke atas Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak



    Ipoh, Perak | Jun 2025
    – Agenda lawatan kerja rasmi YBrs. Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), ke Negeri Perak diteruskan dengan kunjung hormat ke atas YB Encik Khairudin bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak bertempat di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.

    Pertemuan rasmi ini membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk membincangkan perkembangan semasa pembangunan belia dan sukan secara menyeluruh, khususnya dalam konteks penyelarasan dasar, program dan inisiatif strategik di peringkat negeri dan persekutuan.

    Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu utama telah disentuh, termasuk pengukuhan program Rakan Muda, penglibatan belia dalam aktiviti kesukarelawanan dan keusahawanan, serta perancangan jangka panjang dalam pembangunan sukan prestasi tinggi dan akar umbi di negeri Perak.

    YBrs. Puan Azura turut menyatakan komitmen JBSN untuk terus memperkukuh sinergi bersama Kerajaan Negeri Perak dalam menjayakan program-program yang menyasarkan pembangunan modal insan belia secara inklusif dan lestari. Penekanan turut diberikan kepada kepentingan pelaksanaan program yang memberi impak langsung kepada komuniti belia setempat, termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

    YB Encik Khairudin dalam ucapannya turut menzahirkan penghargaan atas kesungguhan JBSN dalam memperkasakan agenda belia dan sukan, serta menyambut baik cadangan kerjasama yang mampu memberi manfaat bersama kepada rakyat negeri Perak.

    Pertemuan mesra ini secara tidak langsung menjadi landasan penting dalam memperkukuhkan kerjasama antara Kerajaan Negeri Perak dan Jabatan Belia dan Sukan Negara, khususnya dalam merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai perpaduan, pembangunan seimbang dan kesejahteraan belia sebagai tonggak masa depan negara.

    Image

    Aras 14, Menara KBS
    Kementerian Belia dan Sukan
    No 27, Persiaran Perdana, Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Pautan Dalaman

    Pautan Luar

    Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

    Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS

    Design & Development By JoomShaper

    Search