Pertemuan Strategik Bersama Persatuan Hoki Perak bagi Perkukuh Pembangunan Sukan Hoki Negeri



    Ipoh, Perak |  Jun 2025
    – Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), YBrs. Puan Azura binti Abidin, meneruskan rangka lawatan kerja rasmi beliau di Negeri Perak dengan mengadakan sesi pertemuan bersama delegasi Persatuan Hoki Perak, yang diketuai oleh Presidennya, YBhg. Datuk Mohd Sayuti bin Abdul Samad.

    Pertemuan ini menjadi platform strategik bagi kedua-dua pihak membincangkan perkembangan semasa sukan hoki di Malaysia secara umum serta tumpuan khusus kepada pelaksanaan program dan pembangunan bakat sukan hoki di negeri Perak.

    Dalam sesi tersebut, pelbagai isu dan peluang telah dibincangkan termasuk potensi kerjasama antara Persatuan Hoki Perak dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak bagi memperkukuh pembangunan akar umbi, sistem latihan berstruktur serta penganjuran kejohanan di peringkat negeri dan daerah.

    YBrs. Puan Azura turut menyatakan komitmen JBSN dalam menyokong inisiatif berterusan yang mampu melahirkan lebih ramai atlet berbakat, sejajar dengan Pelan Strategik Sukan Negara serta usaha memperkasakan sukan teras secara menyeluruh. Beliau juga menekankan kepentingan penglibatan aktif persatuan sukan dalam merangka pelan pembangunan jangka panjang, khususnya yang melibatkan penyertaan belia serta integrasi komuniti sukan dengan ekosistem tempatan.

    Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah En. Khairul Adri bin Dato' Rosli, Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, yang turut memainkan peranan penting dalam memantau dan menyelaras pelaksanaan program sukan berasaskan komuniti di negeri ini.

    Melalui sesi libat urus seperti ini, diharap akan terjalin hubungan sinergi yang lebih kukuh antara pihak kerajaan dan badan sukan dalam memperkasa prestasi serta ekosistem sukan negara, khususnya dalam sukan hoki yang mempunyai sejarah dan potensi tinggi di Malaysia.

    Image

    Aras 14, Menara KBS
    Kementerian Belia dan Sukan
    No 27, Persiaran Perdana, Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Pautan Dalaman

    Pautan Luar

    Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

    Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS

    Design & Development By JoomShaper

    Search