PUTRAJAYA, 10 Mac - Sukan Selasa @ Putrajaya diteruskan hari ini dengan penganjuran sesi Piloxing SSP Lite bersama Piloxing Elite Star Anis yang berlangsung di Gimnasium Menara KBS.
Sesi ini turut diadakan bersempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang diraikan pada 8 Mac 2026.
Inisiatif percuma oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) bertujuan menggalakkan orang ramai untuk kekal cergas serta mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat walaupun sibuk dengan rutin harian.
PUTRAJAYA, 10 Mac - Belia warganegara Malaysia berumur 18 hingga sebelum mencapai 30 tahun kini mempunyai peluang untuk merasai pengalaman berkhidmat selama 4 bulan bersama Menteri, Timbalan Menteri serta pimpinan tertinggi perkhidmatan awam menerusi Program Felo Perdana 2026.
Perkara ini diumumkan oleh YB Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan dalam satu sidang media yang berlangsung di Menara KBS, hari ini.
Ini bukan sekadar program, tetapi platform untuk membina kepimpinan, jaringan dan masa depan anda sebagai pemimpin muda negara.
Layari https://myfelo.kbs.gov.my untuk maklumat lanjut. Permohonan dibuka bermula 10 Mac hingga 24 April 2026.
PUTRAJAYA, 7 Mac - Rakan Muda kembali lagi dengan inisiatif bersempena Ramadan. Kali ini kita dan anak-anak muda yang berjiwa besar membawa juadah sahur serta berkongsi rezeki bersama petugas barisan hadapan di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya.
Beberapa lokasi telah disinggahi termasuklah hospital, balai polis dan balai bomba. Selain mengedarkan juadah sahur, para peserta turut mengambil kesempatan menzahirkan penghargaan kepada petugas yang sentiasa bersedia berkhidmat demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.
Program Rakan Prihatin: Jom Sahur yang berlangsung semalam turut disertai YBrs. Pn. Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) serta En. Sabran Abd Bahar, Pengarah JBSWP Kuala Lumpur.
JBSN akan terus komited menterjemah serta menyediakan platform kepada anak muda untuk terus menyumbang kepada masyarakat melalui program kesukarelawanan yang memberi impak positif kepada komuniti.
PUTRAJAYA, 4 Mac - Seluruh warga Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan tugas buat Sekretariat Industri Sukan yang memulakan pengoperasian di bawah jabatan ini berkuat kuasa 2 Mac 2026. 🤝
Pegawai-pegawai sekretariat adalah seperti berikut:
✅ Pn. Noor Azma Deris ✅ En. Mohammad Shukeri Drahman ✅ En. Mohamad Fadli Silah ✅ En. Azizi Azran Abdullah ✅ En. Mohammad Arshad Mohd Rashid
Semoga amanah yang dipertanggungjawabkan ini dapat digalas dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen demi memperkukuh pengurusan organisasi serta menyokong pemerkasaan industri sukan negara. 💪
Terdahulu, para pegawai sekretariat selesai melapor diri kepada Ketua Pengarah JBSN, YBrs. Pn. Azura Abidin. 🏁
PUTRAJAYA, 2 MAC - Telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) bagi Februari 2026. 😎
Majlis yang disempurnakan oleh YBrs. Pn. Azura Abidin, Ketua Pengarah JBSN ini telah diadakan secara hibrid dan disertai seluruh warga JBSN termasuklah di peringkat negeri dan daerah. 🇲🇾
Dalam amanatnya, KP JBSN telah menyentuh beberapa perkara termasuklah penekanan kepada pelaksanaan program secara objektif dan berimpak serta sinergi pelbagai pihak dalam merealisasikan inisiatif belia, sukan dan Rakan Muda hingga ke akar umbi. 🤝
Turut berlangsung, penyampaian sijil Anugerah Khas Pekerja Terbaik (AKPT) JBSN bagi Oktober, November dan Disember 2025. 👍🏻
Hadir sama ke majlis berkenaan, YBrs. Dr. Zainah Shariff, TKP (Pembangunan Belia) JBSN; En. Abd Aziz Abd Rahman, TKP (Pembangunan Sukan) JBSN serta En. Mohammad Yusri Yusoff, Pengarah Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan Sokongan JBSN. 😎
Sambutan penuh meriah mengiringi kepulangan kontinjen Malaysia dari Deaflympics 2025 yang telah berlangsung di Tokyo, Jepun baru-baru ini.
Ketibaan para atlet disambut oleh YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diiringi YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta YBrs. Pn. Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).
Pada edisi ke-25 ini, kontinjen negara telah berjaya membawa pulang 1 pingat emas, 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet dan pasukan pengurusan yang telah berjuang sehabis baik demi mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia!
Buat julung kalinya, Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Kebangsaan akan dianjurkan di luar Lembah Klang, dengan Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak dipilih sebagai lokasi utama bagi edisi 2025.
Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) menzahirkan komitmen penuh dalam memastikan persiapan dan penganjuran sambutan berprestij ini berjalan dengan lancar serta memberi impak positif kepada rakyat. Fokus utama diberikan kepada penyediaan acara berkualiti, pengurusan yang sistematik serta pelaksanaan pelbagai aktiviti kecergasan yang inklusif dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
Selaras dengan komitmen tersebut, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sambutan HSN Peringkat Kebangsaan 2025 telah diadakan hari ini di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, dipengerusikan oleh YBrs. Pn. Azura binti Abidin, Ketua Pengarah JBSN. Mesyuarat ini turut melibatkan pelbagai pihak berkepentingan bagi memastikan kerjasama strategik di peringkat negeri dan persekutuan dapat direalisasikan sepenuhnya.
HSN 2025 bakal berlangsung di seluruh negara dengan pengisian pelbagai program kecergasan, sukan massa dan aktiviti komuniti yang dirangka untuk menggalakkan gaya hidup sihat, mengeratkan perpaduan serta menyemarakkan semangat Malaysia MADANI melalui sukan.
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), YBrs. Puan Azura binti Abidin, hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, bertempat di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.
Pertemuan ini memberi tumpuan kepada taklimat pelaksanaan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Kebangsaan 2025, yang dijadualkan berlangsung pada Oktober 2025 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh.
Kunjungan tersebut turut mencerminkan komitmen berterusan antara JBSN dan Kerajaan Negeri Perak dalam memperkukuh kerjasama strategik demi memastikan penganjuran program sukan berskala besar dapat dilaksanakan dengan lancar serta memberi impak positif kepada rakyat, khususnya dalam pembangunan sukan di peringkat akar umbi dan negeri.
Turut hadir dalam sesi kunjungan ini ialah YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) serta En. Mohd Nizam Ismail, Pengarah Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan, Bahagian Pembangunan Sukan JBSN.
Aras 14, Menara KBS Kementerian Belia dan Sukan No 27, Persiaran Perdana, Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya