
PUTRAJAYA, 7 Mac - Rakan Muda kembali lagi dengan inisiatif bersempena Ramadan. Kali ini kita dan anak-anak muda yang berjiwa besar membawa juadah sahur serta berkongsi rezeki bersama petugas barisan hadapan di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya.
Beberapa lokasi telah disinggahi termasuklah hospital, balai polis dan balai bomba. Selain mengedarkan juadah sahur, para peserta turut mengambil kesempatan menzahirkan penghargaan kepada petugas yang sentiasa bersedia berkhidmat demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.
Program Rakan Prihatin: Jom Sahur yang berlangsung semalam turut disertai YBrs. Pn. Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) serta En. Sabran Abd Bahar, Pengarah JBSWP Kuala Lumpur.
JBSN akan terus komited menterjemah serta menyediakan platform kepada anak muda untuk terus menyumbang kepada masyarakat melalui program kesukarelawanan yang memberi impak positif kepada komuniti.
Yakin Boleh, Rakan Muda!
#TeamJBSN #TeamKBS #JBSNKomited #MalaysiaMADANI
