Kunjung Hormat KP JBSN ke atas SUK Perak


    Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), YBrs. Puan Azura binti Abidin, hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, bertempat di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.

    Pertemuan ini memberi tumpuan kepada taklimat pelaksanaan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Kebangsaan 2025, yang dijadualkan berlangsung pada Oktober 2025 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh.

    Kunjungan tersebut turut mencerminkan komitmen berterusan antara JBSN dan Kerajaan Negeri Perak dalam memperkukuh kerjasama strategik demi memastikan penganjuran program sukan berskala besar dapat dilaksanakan dengan lancar serta memberi impak positif kepada rakyat, khususnya dalam pembangunan sukan di peringkat akar umbi dan negeri.

    Turut hadir dalam sesi kunjungan ini ialah YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) serta En. Mohd Nizam Ismail, Pengarah Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan, Bahagian Pembangunan Sukan JBSN.

    Image

    Aras 14, Menara KBS
    Kementerian Belia dan Sukan
    No 27, Persiaran Perdana, Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Pautan Dalaman

    Pautan Luar

    Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

    Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS

    Design & Development By JoomShaper

    Search