Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sambutan HSN Peringkat Kebangsaan 2025



    Buat julung kalinya, Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Kebangsaan akan dianjurkan di luar Lembah Klang, dengan Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak dipilih sebagai lokasi utama bagi edisi 2025.

    Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) menzahirkan komitmen penuh dalam memastikan persiapan dan penganjuran sambutan berprestij ini berjalan dengan lancar serta memberi impak positif kepada rakyat. Fokus utama diberikan kepada penyediaan acara berkualiti, pengurusan yang sistematik serta pelaksanaan pelbagai aktiviti kecergasan yang inklusif dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

    Selaras dengan komitmen tersebut, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sambutan HSN Peringkat Kebangsaan 2025 telah diadakan hari ini di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, dipengerusikan oleh YBrs. Pn. Azura binti Abidin, Ketua Pengarah JBSN. Mesyuarat ini turut melibatkan pelbagai pihak berkepentingan bagi memastikan kerjasama strategik di peringkat negeri dan persekutuan dapat direalisasikan sepenuhnya.

    HSN 2025 bakal berlangsung di seluruh negara dengan pengisian pelbagai program kecergasan, sukan massa dan aktiviti komuniti yang dirangka untuk menggalakkan gaya hidup sihat, mengeratkan perpaduan serta menyemarakkan semangat Malaysia MADANI melalui sukan.

    Image

    Aras 14, Menara KBS
    Kementerian Belia dan Sukan
    No 27, Persiaran Perdana, Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Pautan Dalaman

    Pautan Luar

    Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

    Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS

    Design & Development By JoomShaper

    Search