- JBSN
- Hits: 32
MAJLIS APRESIASI ANUGERAH SUKAN UNTUK SEMUA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026 RAI PENGGERAK SUKAN AKAR UMBI
- JBSN
- Hits: 32

BUKIT JALIL, 11 OKTOBER 2026 - YBhg. Datoβ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah hadir menyempurnakan Majlis Apresiasi Anugerah Sukan untuk Semua Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 bertempat di Dewan Bankuet Casa 4, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, hari ini.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Encik Abd Aziz Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).
Diperkenalkan semula pada tahun 2025, anugerah ini menjadi platform untuk menghargai penggerak sukan, menyemarakkan persaingan sihat serta memperluas penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan tanpa mengira usia dan latar belakang.
Sesi penilaian telah berlangsung pada 17 hingga 21 September 2026 melibatkan panel penilai yang mempunyai kepakaran dalam kategori masing-masing yang terdiri dari Ahli Akademik Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), Majlis Sukan Negara (MSN), Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), wakil industri sukan dan media sukan serta wakil dari Kementerian Pendidikan (KPM).
Sekalung penghargaan juga dititipkan kepada rakan strategik yang setia bersama menyokong pembangunan sukan untuk semua terutamanya Hari Sukan Negara (HSN) iaitu Gardenia Bakeries KL Sdn. Bhd., Pos Malaysia, Decathlon Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Astro.
Pelaksanaan anugerah diharapkan terus menjadi pemangkin kepada para pemenang untuk memperluas sumbangan serta penglibatan aktif dalam agenda pembangunan sukan di semua peringkat, di samping mendorong mereka untuk terus mencipta kejayaan dan impak yang lebih besar pada masa hadapan.
Ditulis oleh: Media JBSN
Senarai Pemenang:
π : Kategori Persatuan Sukan
ποΈ : Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sembilan
π : Kategori Individu Lelaki
ποΈ : Encik Hilmi Yuslee Usli
π : Kategori Individu Wanita
ποΈ : Puan Nurul Izatulakmar Ishak
π : Kategori Individu OKU Lelaki
ποΈ : Encik Rashid Lair
π : Kategori Individu OKU Wanita
ποΈ : Puan Jariah Zakaria
π : Kategori Keluarga Aktif
ποΈ : Keluarga Encik Mohd Zamri Zainul Abidin
π : Kategori Anugerah Khas YB Menteri Belia dan Sukan
ποΈ : Encik Soh Wai Ching
