JBSN KOMITED MEMPERKASAKAN PEMBANGUNAN SUKAN BERMOTOR DI MALAYSIA!


    SUNGAI PETANI, 21 JUN 2026 - Puan Azura Haji Sarbin hadir menyempurnakan Majlis Penutupan Program Rakan Litar: KLAS Go-Kart Peringkat Kebangsaan 2026 di DSC Karting Circuit, Sungai Petani, hari ini.

    Program ini merupakan salah satu inisiatif pemerkasaan sukan bermotor yang dijalankan di bawah gaya hidup Rakan Muda iaitu Rakan Litar yang disertai seramai 45 orang peserta terutamanya dalam kalangan anak muda.

    Menurut Puan Hartini A. Jabbar, Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan Rekreasi, JBSN komited di dalam memperkasakan pembangunan sukan bermotor termasuklah disiplin empat roda.

    "JBSN komited memperkasakan pembangunan sukan bermotor menerusi penganjuran program akar umbi seperti program Rakan Litar: KLAS Go-Kart," tambah beliau.

    Turut hadir, Encik Mohd Hanaffi A. Rahman, Timbalan Pengarah (Pembangunan Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.

    Ditulis oleh: Media JBSN

    Image

    Aras 14, Menara KBS
    Kementerian Belia dan Sukan
    No 27, Persiaran Perdana, Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Pautan Dalaman

    Pautan Luar

    Kemaskini Terakhir: 23-06-2026, 15:54:40

    Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS

    Design & Development By JoomShaper

    Search