PERDANA MENTERI SEMARAKKAN JELAJAH RAKAN MUDA @ PAROI, NEGERI SEMBILAN 2026



    PAROI, 22 JULAI 2026 - YAB Dato’ Seri Utama Anwar Ibrahim, Perdana Menteri hari ini telah hadir ke program Jelajah Rakan Muda @ Paroi, Negeri Sembilan 2026 yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi.

    Pelaksanaan jelajah turut dihadiri oleh YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan diiringi oleh YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan YBrs. Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).

    Jelajah ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KBS dan JBSN dalam memperkasa pembangunan belia, sukan dan Rakan Muda serta mendekatkan pelbagai inisiatif kerajaan kepada masyarakat melalui pendekatan yang lebih inklusif, menyeluruh dan mesra komuniti.

    Penganjuran program menawarkan pelbagai pengisian aktiviti yang memberi manfaat kepada rakyat, antaranya pameran dan perkhidmatan pembangunan belia, sukan dan Rakan Muda, Jualan Rahmah MADANI, jualan barangan sukan, penukaran minyak enjin motosikal secara percuma, aktiviti sukan dan rekreasi serta promosi Sukan SEA Malaysia 2027.

    Harapan KBS adalah supaya pelaksaaan Jelajah Rakan Muda @ Paroi, Negeri Sembilan 2026 menjadi pemangkin kepada gerakan pembangunan belia yang progresif, inklusif dan berdaya tahan demi masa depan negara selaras dengan Dasar Belia Malaysia.

    Ditulis oleh: Media JBSN

    Image

    Aras 14, Menara KBS
    Kementerian Belia dan Sukan
    No 27, Persiaran Perdana, Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Pautan Dalaman

    Pautan Luar

    Kemaskini Terakhir: 24-07-2026, 09:28:00

    Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS

    Design & Development By JoomShaper

    Search