- JBSN
- Hits: 98
KSU KBS LUNCUR PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME PEGAWAI BELIA DAN SUKAN
- JBSN
- Hits: 98

PUTRAJAYA, 12 JUN 2026 - Dato' Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan telah meluncurkan Pelan Profesionalisme Pegawai Belia dan Sukan di Perhimpunan Bulanan KBS bagi Bulan Jun 2026 bertempat di Menara KBS, Putrajaya, hari ini.
Pelan ini merupakan sebuah dokumen yang diterbitkan bagi memperkukuh kompetensi, memperkasa kepimpinan dan membudayakan profesionalisme dalam setiap aspek penyampaian perkhidmatan.
"Pelan ini akan menjadi rujukan warga KBS khususnya bagi Skim Perkhidmatan Belia dan Sukan dalam menjadi ejen reformasi serta pemacu perubahan organisasi ke arah yang lebih baik,” tambah beliau.
Terdahulu, Dato' Rahimi turut menyampaikan anugerah prestasi 100% pembayaran bil sempurna dalam tempoh 7 hari diperolehi oleh 22 Pusat Tanggungjawab (PTJ) termasuk 15 PTJ di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).
Perhimpunan turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah JBSN bersama pengurusan kanan KBS dan JBSN.
Disediakan oleh: Media JBSN
