AGROMAKANAN POTENSI KERJAYA BAHARU BELIA


    LABUAN, 14 JUN 2026 - Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Belia) JBSN, Dr. Zainah Shariff meluangkan masa melawat peserta program Agrobelia Lestari @ Rakan Mahir 2026 bertempat di Taman Pertanian Kilan, hari ini.

    Program ini merupakan inisiatif JBSN di dalam memperkasakan pembangunan ekonomi belia merangkumi kepelbagai perspektif dan bidang termasuklah agromakanan.

    Menurut Dr. Zainah, program Agrobelia Lestari @ Rakan Mahir 2026 membuka ruang kepada belia untuk meneroka peluang baharu dalam sektor agromakanan melalui pembangunan kemahiran dan keusahawanan.

    "Kita mahu melahirkan generasi muda yang bukan sekadar mencari pekerjaan, tetapi mencipta peluang dan menjana pendapatan. 

    "Belia bukan sahaja pewaris masa depan negara malah pastinya mampu menjadi peneraju kepada keterjaminan makanan dan ekonomi negara," tambah beliau. 

    Inisiatif  ini membuktikan bahawa sektor agromakanan bukan lagi pilihan kedua - sebaliknya platform masa depan untuk melahirkan belia yang berkemahiran, berdaya saing dan mampu mencipta peluang pekerjaan serta menjana pendapatan sendiri.

    Ditulis oleh: Media JBSN

    Image

    Aras 14, Menara KBS
    Kementerian Belia dan Sukan
    No 27, Persiaran Perdana, Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Pautan Dalaman

    Pautan Luar

    Kemaskini Terakhir: 18-06-2026, 15:23:26

    Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS

    Design & Development By JoomShaper

    Search