
PULAU BIDONG, 12 JUN 2026 - Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pembangunan Sukan Rekreasi JBSN, Encik Mohd Azzam Azmi hadir menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Selam Skuba (Open Water) Siri 2 Tahun 2026 bertempat di Pulau Bidong, Terengganu, hari ini.
Berlangsung bermula 9 hingga 12 Jun lepas, kursus ini mendedahkan peserta dengan pelbagai kemahiran merangkumi teori, prosedur keselamatan, penggunaan peralatan dan latihan selaman air dengan kerjasama Persatuan Sukan Selam Putrajaya (SDAP).
Menurut Encik Mohd Azzam, kursus seperti ini merupakan manifestasi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) di dalam memperkasakan pembangunan sukan merangkumi segenap dimensi dan perspektif termasuklah sukar air.
“Pemerkasaan sukan perlu dilihat daripada segenap dimensi dan perspektif termasuklah melibat sukan air yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat,” tambah beliau.
Semoga pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang diperolehi 20 orang peserta akan memangkin pembangunan sukan yang membina, utuh dan efektif.
Ditulis oleh: Media JBSN
