
PAPAR, 5 JUN 2026 - Puan Siti Amirah Amiruddin, Penolong Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan OKU JBSN hadir menyempurnakan Majlis Penutup Seminar Warga Emas Aktif Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 bertempat di Papar, Sabah bermula 3 hingga 5 Jun 2026, hari ini.
Dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Senamrobik Malaysia, seminar ini dirangka bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai kepentingan amalan gaya hidup aktif dan sihat.
Menurut Puan Siti Amirah, penganjuran seminar ini merupakan pendedahan terbaik bagi meningkatkan kesedaran mengamalkan gaya hidup aktif dalam kalangan warga emas.
"Lebih menarik, peserta juga berpeluang untuk dinilai menerusi Penilaian Ujian Keupayaan Fungsian Warga Emas (UKF-WE) yang masih berada di dalam fasa percubaan bagi mengukur tahap keupayaan fungsi fizikal," tambah beliau.
Inisiatif ini merupakan usaha intervensi berkesan seiring menjelangnya status Malaysia sebagai “negara menua” pada tahun 2030.
Ditulis oleh: Media JBSN
