- JBSN
- Hits: 81
FUSE X SERY PLATFORM MENCIPTA PROJEK KEUSAHAWANAN BELIA BERIMPAK TINGGI!
- JBSN
- Hits: 81

CHERAS, 7 JUN 2026 - Program Cabaran Keusahawanan Sosial Belia: FUSE x SERY melibatkan 12 kumpulan belia institusi pendidikan tinggi (IPT) dan bekerjaya selesai dilaksanakan di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, hari ini.
Program ini dijalankan dengan kerjasama rakan strategik iaitu myHarapan dengan tujuan mendedahkan peserta pelbagai pengetahuan mengenai keusahawanan sosial seterusnya menghasilkan projek berimpak.
Menurut Puan Fazulia Zulkifli, Pengarah Cawangan Pembangunan Ekonomi, Bahagian Pembangunan Belia, program Cabaran Keusahawanan Sosial Belia: FUSE x SERY merupakan platform untuk belia membangunkan idea, mengasah potensi dan menterjemahkan penyelesaian kepada tindakan melalui pendekatan keusahawanan sosial.
"Selain itu, program ini turut memperkasa belia untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian kepada cabaran komuniti dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat secara lebih bermakna," tambah beliau.
Terdahulu, para peserta berpeluang berkongsi pandangan, idea dan harapan bersama Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Belia) JBSN, Dr. Zainah Shariff.
Ditulis oleh: Media JBSN
