MENTERI BELIA DAN SUKAN DENGAR SUARA ANAK MUDA MELAKA


    AYER MOLEK, 13 JUN 2026 - Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari hadir ke program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 bertempat di Kampung Paya Redan, Ayer Molek, hari ini.

    KIBAR merupakan inisiatif baharu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) bagi mendengar dan berinteraksi secara dua hala di antara pengurusan tertinggi KBS bersama anak muda terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

    Menurut YB Dr. Mohammed Taufiq, terdapat beberapa soalan dan interaksi yang benar-benar menarik perhatian beliau seperti kepentingan anak muda di dalam proses demokrasi dan kepentingan penganjuran aktiviti sukan dan rekreasi dalam kalangan golongan rentan seperti OKU.

    “Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi atau KIBAR merupakan platform untuk KBS mendengar dan berinteraksi secara dua hala dengan anak muda”, tambah beliau.

    Program juga diserikan dengan kehadiran Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka merangkap ADUN Rim, YB Khaidirah Abu Zahar.

    Turut hadir, Pengarah Cawangan Pembangunan Kepimpinan JBSN, Puan Laila Nazura Nawi dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Encik Zailani Siran. 

    Ditulis oleh: Media JBSN

    Image

    Aras 14, Menara KBS
    Kementerian Belia dan Sukan
    No 27, Persiaran Perdana, Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Pautan Dalaman

    Pautan Luar

    Kemaskini Terakhir: 26-06-2026, 15:49:42

    Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS

    Design & Development By JoomShaper

    Search