WANITA BERHATI WAJA TAKLUK GUNUNG PENELOPE!


    CAMERON HIGHLANDS, 14 JUN 2026 - Puan Hartini A. Jabbar, Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan Rekreasi hadir menyempurnakan Majlis Penutup “Women’s Trail Hiking” Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di Gunung Penelope, Cameron Highlands, hari ini.

    Program yang berlangsung dari 13 hingga 14 Jun ini menghimpunkan wanita-wanita berhati waja menempuhi cabaran untuk menakluk Gunung Penelope yang dianjurkan dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Titiwangsa.

    Menurut Puan Hartini, semangat serta daya juang yang dipamerkan para peserta sangat menakjubkan yang mana berdepan cabaran getir berdepan dengan  suhu sejuk, kabus tebal, denai berliku dan sebagainya.

    “KBS komited memperkasakan pembangunan sukan dalam kalangan wanita menerusi penganjuran pelbagai pengisian program dan aktiviti termasuklah daripada perspektif rekreasi,” tambah beliau.

    Kesungguhan inilah membuktikan tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia! 

    Ditulis oleh: Media JBSN

    Image

    Aras 14, Menara KBS
    Kementerian Belia dan Sukan
    No 27, Persiaran Perdana, Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Pautan Dalaman

    Pautan Luar

    Kemaskini Terakhir: 14-06-2026, 22:56:23

    Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS

    Design & Development By JoomShaper

    Search