GOPENG, 3 MAC 2022 – Persatuan Mendaki Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Selangor telah mengadakan Program Sinergi NGO Negeri Selangor 2022 yang diadakan di Rock Garden Camping Resort, Gopeng, Perak pada 19 Februari 2022 yang lalu.
Program ini disertai seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada ahli persatuan-persatuan sukan dan belia. Turut hadir sama Encik Hasnata bin Hasan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor. Sepanjang program berlangsung peserta-peserta diberikan pendedahan tentang keindahan alam sekitar di samping itu dapat mengukuhkan hubungan kerjasama antara NGO dan JBSN Negeri Selangor.
Program telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.
Disediakan oleh : Mohd Safree bin Maarof, Bahagian Pembangunan Sukan
Disunting oleh : Mohd Dzulfahmi bin Mohd Tahar, Bahagian Pembangunan Sukan
- JBS Selangor
- Hits: 290
