
KUALA LANGAT, 14 Jun 2016 – Usaha menggalakkan penglibatan golongan belia dalam program latihan kemahiran mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat dengan kerjasama pihak majikan bagi industri atau premis yang dipilih.
Program ini dilaksanakan bagi memberi peluang latihan kepada golongan belia hingga ke peringkat akar umbi. Majikan adalah bertanggungjawab untuk melatih peserta di bidang yang diperlukan oleh industri berkenaan. Tempoh latihan adalah selama tiga (3) bulan, dimana peserta Perantis ini akan menerima elaun sara diri sebanyak RM300 setiap bulan.
Para peserta melahirkan rasa gembira dengan latihan kemahiran yang mereka sertai dan berharap program ini dibuat secara berterusan pada masa akan datang supaya dapat memberi peluang kepada lebih ramai belia-belia setempat.
Disediakan Oleh: Marshamira Binti Ahmad (PBSD Kuala Langat)
- JBS Selangor
- Hits: 496








